KITA BOLEH MALAYSIA BOLEH

SAYA ANAK MALAYSIA

Sabtu, 8 Ogos 2009

TAHUN 5/TEMA 1: UNIT 2 : AKTIVITI 2C-BIJAK MENGGUNAKAN MASA

Tips ini bertujuan membantu pelajar mengatur jadual secara efektif.

Penjadualan Waktu adalah membuat dan melaksanakan jadual belajar agar dapat mengatur dan mengutamakan pelajaran anda dari segi membahagi waktu dengan aktiviti, keluarga, dan lain-lain.

Pedoman:

~ Perhatikan masa anda.
~ Fikirkankan bagaimana anda mengguna masa anda.
~ Bilakah anda menghabiskan masa anda dengan sia-sia..
~ Ketahuilah masa yang anda produktif.

Dengan mengetahui bagaimana anda menghabiskan waktu dapat
membantu untuk:

1. Membuat daftar "Tugasan". Tulislah perkara-perkara yang patut anda lakukan, kemudian tentukan apa yang dilakukan sekarang, apa yang akan dilakukan nanti, apa yang perlu dilakukan oleh orang lain, dan apa yang boleh ditangguh dahulu.

2. Membuat jadual harian/mingguan. Catat temu janji, kelas dan pertemuan pada buku/jadual kronologi. Sentiasa mengetahui jadual untuk tempoh sehari, dan selalu masuk tidur dengan mengetahui anda sudah siap untuk menghadapi hari esok.

3. Merancang jadual yang lebih panjang. Gunakan jadual bulanan supaya anda sentiasa boleh merancang aktiviti anda lebih awal. Jadual ini juga boleh membantu anda merancang waktu lapang anda dengan lebih selesa.

Merancang Jadual Belajar Efektif:

  • Agihkan waktu yang cukup untuk tidur, makan dan rekreasi.
  • Susun tugas-tugas mengikut keutamaan.
  • Luangkan waktu untuk berbincang atau mengulangkaji pelajaran sebelum ke sekolah atau masuk kelas.
  • Sediakan waktu untuk mengulang kaji pelajaran selepas sekolah. Ingatlah bahawa anda mungkin akan lupa pelajaran tersebut sekiranya pelajaran itu tidak diulang baca dalam tempoh 24 jam.
  • Jadualkan waktu 50 minit untuk setiap sesi belajar.
  • Pilih tempat yang selesa (tidak mengganggu penumpuan) untuk belajar.
  • Rancangkan juga "deadline".
  • Jadualkan waktu belajar anda sebanyak mungkin pada pagi/siang/malam.
  • Jadualkan ulangkaji tajuk pelajaran mingguan.
  • Hati-hati, jangan sampai dimainkan oleh jadual anda sendiri!

Bahan ini diterjemah dari: Landsberger, Joe. Managing Time

1 ulasan:

  1. boleh tlg tunjukkan contoh jadual harian bg murid drj 4 yang bersekolah 2 sesi (sek keb dan sek agama)? t.kasih

    BalasPadam

PERSEMBAHAN GAMELAN

PERSEMBAHAN MUZIK BAMBOO SABAH

TAHUN 5: AKTIVITI 2A-SET INDUKSI(URUS MASA,KERJA SEMPURNA)

TAHUN 4: AKTIVITI 1 E-Saya Yakin Boleh

MUHIBBAH

MALAYSIAKU.. INDAH, PERMAI DAN MENAKJUBKAN...

TEMA 2-HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT :MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

TAHUN BARU CINA

CAHAYA DEEPAVALI

ADAB BERHARI RAYA KAUM MELAYU

BERHEMAH TINGGI AMALAN MULIA

TEMA 3:HIDUP BERSAMA DISEKOLAH DAN MASYARAKAT -BUDI BAHASA AMALAN KITA

TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA-SURAT DARI SEORANG IBU

PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK- TIBOW