KITA BOLEH MALAYSIA BOLEH

SAYA ANAK MALAYSIA

Selasa, 15 September 2009

KENALI PERAYAAN KAUM CINA-PERAYAAN KUIH BULAN DAN PESTA TANGLUNG

SAMBUTAN PERAYAAN KUIH BULAN
Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh.

Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.

Pesta Kuih Bulan, juga dikenali sebagai Pesta Pertengahan Musim Luruh, jatuh pada hari ke-15 dalam bulan kelapan kalendar Lunar Cina. Pesta bersejarah ini diraikan sempena memperingati pemberontakan terhadap orang Monggolia semasa abad ke-14 di China. Pada hari ini, pesta ini diraikan dengan santapan kuih bulan dan perarakan tanglung.

TANGLUNG YANG BERBAGAI RUPA 
Perayaan Kuih Bulan China merupakan pesta kebudayaan tradisional utama China. Pesta itu juga dinamakan Pesta Bulan 8, Pesta Mengekori Bulan, Pesta Menyembah Bulan, Pesta anak Perempuan atau Pesta Berkumpul. Dikatakan perayaan Kuih Bulan (Mooncake Festival) merupakan perayaan yang paling popular dikalangan masyarakat cina.

Pada awalnya, perayaan Kuih Bulan ini dimulai dengan peringatan kepada Dewi Bulan Chang Er sesuai dengan lagenda tua dari awal peradaban Han beberapa ribu tahun yang silam. Menurut dongengan, pada zaman purba, terdapat 10 buah matahari di langit, cahaya matahari yang panas terik menyebabkan tanah kering dan berasap, air di laut kering tersejat dan rakyat jelata menghadapi maut. Namun tercatat pula bahawa pada masa dinasti Yuan (tahun 1271 – 1368) dimana Tiongkok dikuasai oleh bangsa Mongol, kaum penjuang Han menggunakan kuih bulan sebagai bahan pengantar sandi agar rakyat Han secara serentak memulai pemberontakan terhadap pemerintah Mongol pada tanggal 15 bulan 8 Imlek. Setelah dinasti Yuan berakhir dan dimulainya dinasti Ming, perayaan Kuih Bulan juga diasosiasikan dengan perjuangan orang Han melawan Mongol.


Seorang pahlawan yang juga Raja Negeri Youqiong Dinasti Xia bernama Hou Yi mempunyai kuasa misteri dan pandai memanah. Baginda dengan gagah berani memanah jatuh 9 buah matahari, rakyat jelata memuja Hou Yi yang menyelamatkan mereka dari ancaman maut.

Permaisuri Hou Yi bernama Chang E, merupakan seorang jelitawan. Pada suatu hari, Hou Yi memperolehi ubat panjang umur yang dihadiahkan oleh Permaisuri Wangmuniangniang. Katanya orang yang makan ubat panjang umur itu segera akan menjadi dewa atau dewi dan terbang ke kayangan. Hou Yi tidak mahu berpisah dengan permaisurinya, maka baginda tidak memakan ubat itu dan menyerahkan ubat itu kepada permaisurinya Chang E untuk disimpan. Perkara ini ternampak oleh Peng Meng, pengikut Hou Yi. Semasa Hou Yi keluar, Peng Meng pergi ke istana Hou Yi dan memaksa Chang E memberikan ubat panjang umur itu kepadanya. Chang E mengetahui bahawa dia tidak berdaya melawan Peng Meng, dia terpaksa memakan ubat panjang umur itu. Setelah memakan ubat itu, Chang E terbang dari bumi ke bulan serta-merta.

Apabila Hou Yi kembali ke istana, para dayang sambil menangis telah memberitahu perkara itu kepada Hou Yi. Hou Yi yang sedih menyeru permairusinya di bulan. Baginda mendapati bulan pada malam itu sangat bulat, besar dan terang dan dapat nampak bayang permaisurinya yang bergerak di bulan. Hou Yi bersembahyang untuk permaisurinya Chang E di bulan dengan meletakkan makanan yang disukai oleh permaisurinya.

Setelah mengetahui Chang E terbang ke bulan dan menjadi dewi, rakyat jelata juga beramai-ramai bersembahyang dengan meletakkan pelbagai jenis makanan semoga Chang E di bulan menganugerahkan keamanan dan kesejahteraan kepada mereka. Lama-kelamaan, menyembahyangkan bulan pada 15 hb, bulan 8 imlek Cina telah menjadi adat-resam rakyat China dan menjadi Pesta Kuih Bulan Cina.
 


KUIH BULAN MENJADI HIDANGAN ISTIMEWA
Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut lagenda, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.

Walaupun terdapat banyak cerita dongeng yang berbeza tentang asal-usul Pesta Kuih Bulan di China, tetapi makan kuih bulan merupakan perkara penting dalam Pesta Kuih Bulan China. Pada Pesta Kuih Bulan iaitu malam 15 hb, bulan 8 imlek Cina, anggota keluarga orang Cina berkumpul dan bersama-sama menikmati pemandangan indah bulan purnama sambil makan kuih bulan yang enak.

Pesta Kuih Bulan bukan sahaja merupakan perayaan tradisional rakyat China, tetapi juga merupakan perayaan tradisional orang Cina seluruh dunia. Walaupun zaman sudah berbeza, tetapi Pesta Kuih Bulan tetap merupakan kesempatan bagi orang Cina untuk mengutarakan perasaan akrab antara anggota keluarga dan sanak saudara serta berdoa memohon restu dan nasib baik.


Rujukan : Wikepedia 

1 ulasan:

PERSEMBAHAN GAMELAN

PERSEMBAHAN MUZIK BAMBOO SABAH

TAHUN 5: AKTIVITI 2A-SET INDUKSI(URUS MASA,KERJA SEMPURNA)

TAHUN 4: AKTIVITI 1 E-Saya Yakin Boleh

MUHIBBAH

MALAYSIAKU.. INDAH, PERMAI DAN MENAKJUBKAN...

TEMA 2-HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT :MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

TAHUN BARU CINA

CAHAYA DEEPAVALI

ADAB BERHARI RAYA KAUM MELAYU

BERHEMAH TINGGI AMALAN MULIA

TEMA 3:HIDUP BERSAMA DISEKOLAH DAN MASYARAKAT -BUDI BAHASA AMALAN KITA

TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA-SURAT DARI SEORANG IBU

PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK- TIBOW