KITA BOLEH MALAYSIA BOLEH

SAYA ANAK MALAYSIA

Sabtu, 20 November 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DYAM SULTAN JOHOR YANG KE 52

PADA:
22 NOVEMBER 2010

DAULAT TUANKU
SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU
SULTAN IBRAHIM ISMAIL IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR AL-HAJ

KENALI KEBAWAH DULI YANG AMAT MULIA SULTAN JOHOR

Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah (HSA) merupakan putera sulung Almarhum Sultan Iskandar.
Baginda yang berjiwa rakyat telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar Johor Bahru pada 3 Julai 1981. Baginda juga pernah dilantik sebagai Pemangku Raja ketika Almarhum ayahandanya dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong ke-8 dari 1984 hingga 1989.
SULTANAH RAJA ZARITH SOFIAH IBNI ALMARHUM SULTAN IDRIS SYAH

Hasil perkongsian hidup dengan Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah, pasangan diraja itu dikurniakan enam cahaya mata, lima putera dan seorang puteri iaitu Tunku Ismail Ibrahim, Tunku Aminah, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar.
Sultan Ibrahim Ismail mula mendapat pendidikan asas di Taman Didikan Kanak-kanak Tuanku Ampuan Mariam, Johor Bahru sebelum memulakan pelajaran formal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1) Johor Bahru.
Baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School di Australia mulai 1968 hingga 1970.
Sultan Ibrahim Ismail juga pernah mendapat pendidikan di Maktab Sultan Abu Bakar (English College Johor Bahru) dari 1971-1975.
Baginda turut menerima pendidikan agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek Johor Bahru.
Setelah tamat persekolahan, Sultan Ibrahim Ismail telah dihantar ke Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada), Kota Tinggi selama tiga bulan untuk menerima latihan asas ketenteraan.
Kemudian baginda ke Fort Benning, Georgia, Amerika Syarikat untuk latihan ketenteraan (Airborne dan Infantery Offices Basic Course) dan kemudian menyambung latihan di Fort Bragg, Amerika Syarikat.
Baginda turut menjalani latihan penerbangan helikopter di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kluang dan seterusnya ke Fort Wracker, Amerika Syarikat untuk menjalani latihan lanjutan di Advanced Helicopter Flying‘s School dan menerima anugerah ‘sayap’ penerbangan.
Selain itu, baginda juga pernah melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang dan diplomasi dari Universiti Tuftf, Amerika Syarikat.


Dalam bidang sukan, Sultan Ibrahim Ismail gemar bermain polo dan menunggang motosikal berkuasa tinggi serta sinonim dengan program Kembara Mahkota Johor yang melawat ke seluruh pelosok negeri ini.

Khamis, 11 November 2010

TAHNIAH KEPADA ANAK-ANAK PERMATA SK SAWAH DATO' MERSING


SK Sawah Dato' Mersing melakar sejarah buat kali pertama berjaya melahirkan 15 orang Anak Permata 5 A
Wajah ceria anak-anak SKSD yang berjaya menggenggam 5A dlm peperiksaan UPSR 2010
Kepada pelajar-pelajar yang kurang berjaya, teruskan usaha kerana perjalanan anak-anak semua masih jauh lagi, tak mustahil kejayaan akan datang menjadi milik anda juga.
Yang pasti, teruskan usaha dan jangan cepat putus asa.

Kepada Warga Pendidik, Staff Sokongan dan Ibu Bapa sekalian, kejayaan ini adalah hasil dari usaha kita bersama. Kejayaan mereka adalah hadiah paling berharga di atas segala penat lelah dan  pengorbanan kita dalam usaha Melakar Kecemerlangan Anak-Anak Permata Kita. 
SKSD BOLEH

Isnin, 1 November 2010

MESYUARAT PEMURNIAN PEMETAAN ELEMEN KEWARGANEGARAAN DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH

 ANJURAN:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TARIKH:
26-28 OKTOBER 2010

BERTEMPAT DI:
HOTEL TROPICAL INN JOHOR BAHRU

PUAN HJH NORASHIKIN SEDANG MEMBERI INPUT  PENDIDIKAN.

CIK IDA HAIRANI MEMBERI PANDUAN PENYEMAKAN ELEMEN DALAM STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN MERENTAS KURIKULUM KEPADA PROF. MADYA WAN HASMAH, PENSYARAH IPTHO, PENSYARAH IPPM DAN JURULATIH UTAMA

 PUAN HAJJAH NORASHIKIN, KETUA UNIT PSK, BPK SEDANG BERBINCANG ISU SEMASA DALAM PENDIDIKAN BERSAMA PROF MADYA DR WAN HASMAH, TIMBALAN DEKAN FAKULTI PENDIDIKAN UM

PUAN TAN BERSAMA WAKIL UNIT SAINS SOSIAL PPD KLUANG DAN JURULATIH UTAMA  MEMILIH KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERSESUAIAN DENGAN TAJUK-TAJUK DALAM PSK.

PUAN HAJJAH NORASHIKIN BERSAMA PENSYARAH IPTI DAN JURULATIH UTAMA MENYEMAK MODUL BUDAYA YANG DIHASILKAN.

Kami kumpulan Jurulatih Utama PSK negeri Johor mengucapkan berbanyak terima kasih kerana kesudian Unit Pendidikan Sivik dan Kewarganegraan Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM di atas kesudian memilih kami lagi untuk sama-sama menyemak Standard Kandungan dan Pembelajaran PSK.
Banyak ilmu ,maklumat  dan pengalaman yang berguna dan berharga kami perolehi.

PERSEMBAHAN GAMELAN

PERSEMBAHAN MUZIK BAMBOO SABAH

TAHUN 5: AKTIVITI 2A-SET INDUKSI(URUS MASA,KERJA SEMPURNA)

TAHUN 4: AKTIVITI 1 E-Saya Yakin Boleh

MUHIBBAH

MALAYSIAKU.. INDAH, PERMAI DAN MENAKJUBKAN...

TEMA 2-HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT :MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

TAHUN BARU CINA

CAHAYA DEEPAVALI

ADAB BERHARI RAYA KAUM MELAYU

BERHEMAH TINGGI AMALAN MULIA

TEMA 3:HIDUP BERSAMA DISEKOLAH DAN MASYARAKAT -BUDI BAHASA AMALAN KITA

TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA-SURAT DARI SEORANG IBU

PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK- TIBOW