BERBURU KE PADANG DATAR, DAPAT RUSA BERBELANG KAKI,
BERGURU KEPALANG AJAR, BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI...
KITA BOLEH MALAYSIA BOLEH
SAYA ANAK MALAYSIA
Selasa, 18 Ogos 2009
HARI KEBANGSAAN KE 52
Sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos 2009 kali ini, akan berlangsung di Dataran Parlimen .Difahamkan perhimpunan kali ini di adakan secara sederhana kerana mengambil langkah berjaga-jaga terhadap penularan wabak H1N1 di samping menghormati bulan Ramadhan AlMubarak.
Tema hari kemerdekaan ke 52 : 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
Sementara itu logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.
Lirik Lagu 1 Malaysia Satu Malaysia
Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan
Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
Satu Malaysia untuk semua
Pelbagai acara akan diadakan selama sebulan sempena sambutan kemerdekaan akan diisi dengan pelbagai kegiatan yang akan bermula dari 12 Ogos hingga 10 Oktober. Sambutan yang dipanggil Bulan Kemerdekaan ini akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada 12 Ogos dan berakhir di Kuching, Sarawak pada 10 Oktober dengan perayaan Hari Malaysia.
Tema, logo dan lagu bagi sambutan kemerdekaan ke 52 ini sebenarnya berasaskan slogan dan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan