KITA BOLEH MALAYSIA BOLEH

SAYA ANAK MALAYSIA

Khamis, 26 Ogos 2010

PERAYAAN UMAT ISLAM- NUZUL AL-QURAN DAN MALAM LAILATUL QADAR

                     Artikel Dari :
          Dr. Samsu Adabi  Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia


Nuzul Al-Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah limaayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Selasa, 24 Ogos 2010

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 53


Sambutan bulan kemerdekaan akan dimulakan dengan pelancarannya di Stadium Utama di Kangar, Perlis, pada 1 Ogos dan berakhir dengan acara sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka di Kota Kinabalu pada 16 Sept.
Manakala acara kemuncak Sambutan Hari Kemerdekaan (31hb Ogos 2010), iaitu upacara perbarisan dan perarakan akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Pertandingan mengibar Jalur Gemilang turut diadakan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan yang melibatkan sekolah, pemilik kedai dan pemilik bangunan. Pemilik-pemilik kenderaan juga amat digalakkan untuk memasang Jalur gemilang pada kenderaan masing-masing bagi menunjukkan semangat kecintaan kepada Malaysia negara kita yang tercinta.

Semoga sambutan Kemerdekaan yang berlangsung di bulan Ramdhan ini juga akan membawa keinsafan dan akan membakar semangat kecintaan kepada negara kita Malaysia.

LOGO HARI KEBANGSAAN KE 53
 

TEMA HARI KEBANGSAAN
1MALAYSIA MENJANA TRANFORMASI

LAGU: 1MALAYSIA
Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan
Perpaduan Mendapat Rahmat
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia
[Korus]

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
[Ulang Korus 2x]
Satu Malaysia untuk semua
Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha

PERAYAAN KAUM CINA- PERAYAAN ZHONG YUAN (PERAYAAN HANTU LAPAR)-25.OGOS.2010



Festival Hantu (Hanzi: 鬼節, hantu pingyin: gui jie) adalah sebuah tradisi perayaan dalam kebudayaan Tionghoa. Festival ini juga sering disebut sebagai Festival Tionggoan (Hanzi: 中元, hanyu pinyin: zhong yuan).

Perayaan ini jatuh pada tarikh 15 hari bulan 7, (mengikut kalender Tionghoa), Mengikut kalendar Tionghoa, bulan 7 dikenali sebagai bulan hantu dimana ada kepercayaan dari zaman berzaman bahawa dalam masa satu bulan ini, pintu alam baka, syurga dan neraka akan terbuka dan hantu-hantu di dalamnya keluar ke alam manusia untuk menziarahi kaum keluarga yang masih hidup di samping bersuka ria.

Pada tarikh  ini, penganut agama Tao dan Buddha melaksanakan upacara amal untuk mengubah dan membebaskan penderitaan orang yang meninggal. Ciri-ciri terpenting dalam Bulan Hantu ialah penyembahan nenek moyang, yang mana ketaatan para keturunan disambungkan kepada para anak cucu walaupun selepas kematian mereka.

Aktiviti yang dijalankan pada bulan ini termasuk menyediakan persembahan makanan secara ritual, pembakaran wang neraka dan bungkusan yang mengandungi kain untuk memberi penghormatan kepada roh-roh saudara mara yang menziarah, iaitu melayan orang yang meninggal seolah-olah mereka masih hidup. Makanan dihidangkan dengan kerusi kosong bagi setiap ahli yang meninggal dalam keluarga. Keraian yang lain termasuk melepaskan perahu kertas kecil dan tanglung di atas air, yang menandakan tindakan membantu roh-roh sesat mencari jalan.

Asal-Usul Perayaan Zhong Yuan

Asal-usul perayaan ini adalah daripada seorang anak murid pendeta Buddha bernama Mu Lian.
Semasa bermeditasi, Mu Lian yang merupakan antara 10 murid terbaik Buddha telah mendapat petunjuk yang ibunya sedang sengsara di neraka.
Menurut kisah itu, ibu Mu Lian merupakan seorang yang kedekut dan sering menghina golongan pengemis. Apabila Mu Lian mengambil keputusan untuk menjadi sami, ibunya sangat marah.
Sebagai tanda bantahan, ibunya telah memberi Mu Lian makanan berdaging iaitu makanan yang tidak boleh dijamah oleh para sami. Kerana perbuatannya, si ibu telah diberi balasan dengan dihantar ke neraka selepas dia mati.
Sebagai anak yang baik, Mu Lian sentiasa berdoa untuk ibunya dan doa itu telah didengari oleh Buddha. Dengan keizinan Buddha, setahun sekali pintu neraka dibuka dan roh-roh boleh kembali ke bumi untuk diberi makanan,” cerita Chang Wen.

Perayaan Hantu di Malaysia dimodenkan dengan persembahan pentas seolah-olah konsert dengan sifat-sifat tersendiri dan berbeza daripada keraian Perayaan Hantu di negara lain. Pertunjukan pentas yang dikenali sebagai 'Koh-tai' oleh penutur ini bahasa Hokkien dipersembahkan oleh sekumpulan penyanyi, penari, dan penghibur di atas sebuah pentas sementara yang didirikan di kawasan perumahan daripada dana sumbangan para penduduk.

Selasa, 17 Ogos 2010

AL-Fatihah buat arwah Cikgu Norzihan Bt Eni

Hari ini kami warga SK Sawah Dato', telah kehilangan rakan sekerja yang kami semua anggap sebagai ahli keluarga sendiri iaitu Cikgu Norzihan Binti Eni.
Lebih kurang jam 11. 50 pagi tadi, kami telah dikejutkan dengan berita beliau jatuh pengsan di bilik air sekolah. Kami bergegas membantu dan mengangkat beliau ke kelas terdekat.
Allah lebih menyayangi beliau. Beliau telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang datang memberi bantuan. Jenazahnya telah dibawa ke hospital Mersing untuk bedah siasat.
Satu berita yang amat memeranjatkan dan menyedihkan buat kami warga SK Sawah Dato' Mersing.

Wahai pengunjung yang dirahmati sekalian, marilah kita bersama-sama membacakan dan menyedekahkan Al-Fatihah buatnya... AlFatihah......Ya Allah kau cucurilah rahmat ke atas rohnya dan tempatkanlah dia disisi orang-orang yang beriman... Amin.

Selasa, 10 Ogos 2010

Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan-Perayaan Umat Islam

Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan Rukun Islam yang ke tiga.

PENGERTIAN PUASA 
Puasa (Bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu. Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya;
1. Bulan diturunkan Al-Quran: Maksudnya: Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia.
2. Bulan penuh berkat: Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api neraka. “”Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan.
3. Bulan Penghapusan dosa: Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu.
4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar: Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah (malam) sehingga terbit fajar.
Fakta bulan Ramadhan

  • Hari pertama bulan Ramadhan ditentukan dengan melihat anak bulan.
  • Al-Quran telah diturunkan pada bulan Ramadhan.
  • Ramadhan telah diwajibkan untuk semua umat Islam pada tahun 623 Masihi.
  • Kalendar Islam adalah berdasarkan pergerakan bulan.
  • Setiap tahun,bulan Ramadhan bermula kira-kira 10 hari lebih awal daripada tahun sebelumnya.
  • Makan dan minum kerana terlupa adalah tidak membatalkan puasa.
  • Salah satu sunat puasa ialah berbuka dengan buah kurma atau makanan yang manis.

Jumaat, 6 Ogos 2010

PENYELARASAN PENGGUBALAN PEPERIKSAAN SETARA AKHIR TAHUN NEGERI JOHOR

ANJURAN:
JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR
dengan kerjasama
MAJLIS GURU-GURU BESAR NEGERI JOHOR
4-6 OGOS 2010

TEMPAT:
PUSAT LATIHAN PERGURUAN DALAM PERKHIDMATAN
BANDAR TENGGARA, KULAI JAYA





PERSEMBAHAN GAMELAN

PERSEMBAHAN MUZIK BAMBOO SABAH

TAHUN 5: AKTIVITI 2A-SET INDUKSI(URUS MASA,KERJA SEMPURNA)

TAHUN 4: AKTIVITI 1 E-Saya Yakin Boleh

MUHIBBAH

MALAYSIAKU.. INDAH, PERMAI DAN MENAKJUBKAN...

TEMA 2-HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT :MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

TAHUN BARU CINA

CAHAYA DEEPAVALI

ADAB BERHARI RAYA KAUM MELAYU

BERHEMAH TINGGI AMALAN MULIA

TEMA 3:HIDUP BERSAMA DISEKOLAH DAN MASYARAKAT -BUDI BAHASA AMALAN KITA

TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA-SURAT DARI SEORANG IBU

PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK- TIBOW