KITA BOLEH MALAYSIA BOLEH

SAYA ANAK MALAYSIA

Isnin, 27 September 2010

TAHUN 5-SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA KITA




Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran(Eksekutif)

PETA MALAYSIA
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.



PERDANA PUTRA DI PUTRA JAYA 
MERUPAKAN BANGUNAN PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN


1. BADAN EKSEKUTIF

Eksekutif juga disebut Pemerintah atau Kerajaan di dalam sistem Parlimen dan juga disebut Pentadbiran. Badan ini bertanggungjawab melaksanakan undang-undang yang diluluskan oleh pihak legiflatif. Ketua eksekutif di dalam sebuah negara Republik dipanggil Presiden, manakala negara lain dipanggil Perdana Menteri.

Badan ini merangkumi banyak sektor kerajaan seperti pelbagai kementerian, jabatan, kerajaan tempatan dan juga agensi kerajaan seperti organisasi polis, tentera dan kastam.

Peranan Eksekutif
Peranan utama badan ini termasuklah:
Membuat keputusan mengenai polisi dan menguatkuasakan undang-undang
Menjaga hal ehwal hubungan luar negeri
Melantik pegawai-pegawai kerajaan
Penyiasatan dan keselamatan dalam dan luar negara
Pengeluaran lesen
Membuat  instrumen perundangan dan undang-undang kecil
Membuat pembangunan infrastruktur
Menggubal dan menjalankan dasar tertinggi Negara

2. BADAN KEHAKIMAN (Judicirial)
Adalah badan  yang menjalankan kuasa kehakiman di negara ini. Mengiktu Perkara 121 (1) Perlembagaan Persekutuankuasa kehakiman bagi Persekutuan adalah terletak di Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Borneo dan juga mana-mana Mahkamah bawahan yang telag diperuntukkan undang-undang Persekutuan.


Kuasa-kuasa kehakiman dinegara ini terletak di Mahkamah Agong, Mahkamah Rayuan, Mahkamah-Mahkamah Tinggi dan mahkamah-Mahkamah Bawahan. Bagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Hakim, ianya mestilah tidak terpengaruh atau menyebelahi mana-mana pihak, kebebasan untuk menjalankan tugas-tugas hendaklah terjamin.Pihak kehakiman memstilah mempunyai kebebasan untuk bertindak sebagai sebuah institusi. (Lihat rajah hirarki di negeri.)


Kehakiman merupakan satu BADAN hakim-hakim (body of judges) dalam satu sistem perlembagaan. Dari segi kuasa dan peranan terdapat kehakiman berbeza-beza antara satu negara dan negara lain. Para Hakim diberi kuasa mentafsir dan melaksanakan undang-undang dengan kuasa atau autoriti yang diberikan kepada mereka. Kuasa ini termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia


PERANAN BADAN KEHAKIMAN
1. Mentadbir keadilan secara saksama
2. Tempat penyelesaian pertikaian
3. Membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan
4. Memerlihara hak warganegara daripada sebarang pencabulan oleh pihak kerajaan
5. Mengesah dan mentafsirkan sesuatu undang-undang

3. BADAN PERUNDANGAN (LEGILATIF)
Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.

Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.

Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-perkara nasional.

Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawabnya dengan sepenuhnya dan dengan lebih berkesan, Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil "Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen" di dalam Dewan. Keistimewaan ini terpakai bagi kedua-dua Dewan secara keseluruhannya, dan untuk ahli-ahli Parlimen secara individu.

Kedua-dua Dewan berkuasa untuk menggubal prosedur masing-masing, mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing, dan kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah, dan Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan atau "contempt" di dalam Dewan tersebut. Ahli Parlimen adalah terkecuali dari tindakan mahkamah sama ada sivil atau jenayah bagi apa yang dikatakan atau dilakukannya di dalam Dewan, dan pengecualian ini diberi juga kepada sesiapa yang bertindak bagi Dewan itu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN GAMELAN

PERSEMBAHAN MUZIK BAMBOO SABAH

TAHUN 5: AKTIVITI 2A-SET INDUKSI(URUS MASA,KERJA SEMPURNA)

TAHUN 4: AKTIVITI 1 E-Saya Yakin Boleh

MUHIBBAH

MALAYSIAKU.. INDAH, PERMAI DAN MENAKJUBKAN...

TEMA 2-HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT :MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

TAHUN BARU CINA

CAHAYA DEEPAVALI

ADAB BERHARI RAYA KAUM MELAYU

BERHEMAH TINGGI AMALAN MULIA

TEMA 3:HIDUP BERSAMA DISEKOLAH DAN MASYARAKAT -BUDI BAHASA AMALAN KITA

TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA-SURAT DARI SEORANG IBU

PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK- TIBOW