KITA BOLEH MALAYSIA BOLEH

SAYA ANAK MALAYSIA

Jumaat, 18 Disember 2009

KENALI MAAL HIJRAH/AWAL MUHARAM ( TAHUN BARU KALENDER ISLAM)

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

KISAH HIJRAH

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.

Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.

Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.


Rujukan : Wikepedia

Sabtu, 5 Disember 2009

KENALI PERAYAAN PENGANUT AGAMA KRISTIAN-HARI KRIMAS


Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah hari raya untuk penganut Kristian, disambut pada 25 Disember bagi memperingati keputeraan Jesus (Nabi Isa a.s.), pengasas agama Kristian. Menurut Kitab Injil Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Siti Maryam di Baitulmaqdis. Penganut Kristian percaya bahawa kelahiran Jesus menepati ramalan Yahudi mengenai kelahiran seorang penyelamat dari susur galur Nabi Daud, yang akan menebus manusia dari dosa Nabi Adam (original sin).

Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara (Mesir, Habsyah, Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mereka mengikuti takwim yang berlainan (takwim Julius berbanding takwim Gregory).

Adat resam moden perayaan ini termasuk memberi hadiah, sambutan gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi dan lakonan kelahiran Jesus.

Santa Claus merupakan tokoh mitos terkenal yang dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitos Nordic dan Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai timbul pada abad ke-19.

Krismas bukan sahaja disambut oleh seluruh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang bukan Kristian sebagai perayaan kebudayaan yang sekular. Oleh sebab pemberian hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka Krismas menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan.


Sumber : Wikepedia

Selasa, 17 November 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR, SELANGOR DAN PUTRA JAYA



OBJEKTIF LAWATAN:
1. MEMPERKENALKAN KUALA LUMPUR IBU NEGARA MALAYSIA
2. MEMPERKENALKAN PUTRA JAYA PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA
3. MEMPERKENALKAN TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA
4. BERBANGGA DENGAN KEINDAHAN, KEMAJUAN DAN KEMAKMURAN MALAYSIA
5. BERBANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA

ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DAN
PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
SK SAWAH DATO' MERSING

Rombongan kami telah sampai di Kuala Lumpur jam 5.30 pagi. Kami terus bertolak ke Puspanita Kuala Lumpur membersihkan diri, solat, sarapan pagi dan bersiap untuk lawatan. Terima kasih kepada Puan Hasilah (pegawai dari Puspanita KL) kerana bersusah payah dari Kajang subuh-subuh hari untuk menguruskan kemasukan kami ke rumah penginapan Puspanita.


HARI PERTAMA 11. NOVEMBER.2009 (RABU)

 LAWATAN KE ZOO NEGARA  (9.00-12.00 TGH)



LAWATAN KE MEMORIAL PUSATAKA TAN SRI P.RAMLEE (12.00-12.45 tgh )




LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA (2.00-4.30 PTG)






PENGINAPAN DI PUSPANITA KUALA LUMPUR





MAKAN MALAM DI HOTEL WIRA
SUMBANGAN DARI TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA
YB. DATUK DR HJ. ABDUL LATIFF BIN HJ. AHMAD


Jutaan terimakasih yang tak terhingga kepada Encik Shahrom Bin Mabol dan En Saharudin Bin Ahmad Tahir kerana telah memberi layanan yang begitu mesra sekali. Ini adalah pengalaman pertama dan indah bagi pelajar-pelajar SK Sawah Dato Mersing dapat makan malam di hotel. Kenangan ini akan abadi di hati mereka sehingga mereka dewasa kelaka. Terima kasih yang tak terhingga sekali lagi kepada YB Datuk Dr Hj Abd Latif Bin Ahmad, serta En Shahrom dan En Saharudin kerana sudi menerima kami.


HARI KEDUA
12.NOVEMBER 2009 (KHAMIS)

LAWATAN SEKITAR KLCC
(8.00-8.45 pagi)





LAWATAN KE PETROSAINS KLCC (9.00-12.00 TGH )
SUMBANGAN TIKET LAWATAN ADALAH DARI TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN
YAB DATO' DR HJ ABD LATIF BIN HJ AHMAD



LAWATAN KE JEJANTAS UDARA (SKYBRIDGE) KLCC -12.30-1.15 PTG


LAWATAN KE AKUARIA KLCC -2.00-4.30 PTG




LAWATAN KE MENARA KUALA LUMPUR (5.00-6.30 PTG)







HARI KETIGA
13 NOVEMBER 2009 (JUMAAT)

LAWATAN KE MUZIUM NEGARA


LAWATAN KE SUNWAY LAGOON
(11.00 PAGI-3.30 PTG )


LAWATAN KE MASJID PUTRA JAYA
(4.30-6.00 ptg )






GAMBAR CANDID


Kepenatan jadi hero kat Sunway Lagoon sampai tertidur masa makan epal....
Begitulah berbagai gelagat pelajar-pelajar sekolah rendah ni... mencuit hati.... penat guru hilang apabila melihat keletah pelajar-pelajar.

Alhamdulillah, pelajar-pelajar berasa amat gembira dengan lawatan ini, terutama kepada pelajar-pelajar yang datang dari kumpulan pelajar miskin (KWAMP). Mungkin ini kali pertama dan terakhir bagi mereka menjejaki ke tempat-tempat ini.


SEKALUNG PENGHARGAAN DAN JUTAAN TERIMA KASIH YANG TAK HINGGA KEPADA:

YAB DATO' SRI NAJIB BIN TUN ABD RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
di atas sumbangan makan malam 12. Nov. 2009

YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN  YASIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
di atas sumbangan minum petang 13. Nov. 2009

YB DATUK DR HJ. ABD LATIFF BIN HJ AHMAD
TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN
di atas sumbangan makan malam 11.Nov.2009
dan sumbang tiket lawatan ke PETROSAINS KLCC

serta
UMNO Bahagian Mersing
Syarikat Interactive Learning Solutions
Syarikat Bas GG
Pasaraya Kini
Pasaraya Giant
Kontraktor-Kontraktor Daerah Mersing
Kedai Buku Endau
PIBG SK Sawah Dato' Mersing
Individu-individu yang telah menyumbang dari segi kewangan dan tenaga dalam menjayakan lawatan ini.

SEMOGA ALLAH MEMBALAS BUDI BAIK YAB, YB DAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN.

PERSEMBAHAN GAMELAN

PERSEMBAHAN MUZIK BAMBOO SABAH

TAHUN 5: AKTIVITI 2A-SET INDUKSI(URUS MASA,KERJA SEMPURNA)

TAHUN 4: AKTIVITI 1 E-Saya Yakin Boleh

MUHIBBAH

MALAYSIAKU.. INDAH, PERMAI DAN MENAKJUBKAN...

TEMA 2-HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT :MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

TAHUN BARU CINA

CAHAYA DEEPAVALI

ADAB BERHARI RAYA KAUM MELAYU

BERHEMAH TINGGI AMALAN MULIA

TEMA 3:HIDUP BERSAMA DISEKOLAH DAN MASYARAKAT -BUDI BAHASA AMALAN KITA

TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA-SURAT DARI SEORANG IBU

PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK- TIBOW