KITA BOLEH MALAYSIA BOLEH

SAYA ANAK MALAYSIA

Ahad, 9 Ogos 2009

TAHUN 4/ TEMA 1: UNIT 2: AKTIVITI 2A MAKANAN SEIMBANG

Pengenalan


Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang dimakan seharian perlu diambil dalam kuantiti yang besar daripada kumpulan makanan di bahagian bawah Piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian atas. Piramid Makanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepada kandungan zat dan fungsinya.

Pemakanan berpandukan piramid makan

  • Makanan berkhasiat penting untuk anak anda kerana ia:

    • Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan
    • Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental
    • Membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan
    • Menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja.
  • Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu anak anda mendapat semua nutrien yang diperlukan.
  • Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia

Aras 1: Bijirin dan ubi-ubian

  • Beri anak anda lebih banyak makanan dari kumpulan ini.
  • Kumpulan makanan ini adalah sumber paling baik untuk karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada anak anda.
  • Kumpulan ini juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sejumlah protein.
  • Contoh : Nasi, mee, roti, pasta, bubur, capati dan biskut
  • Anak anda memerlukan 6 hingga 8 hidangan setiap hari

Aras 2: Buah dan sayur

  • Berikan anak anda lebih makanan daripada kumpulan ini.
  • Ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada anak anda.
  • Anak anda perlukan sekurang - kurangnya 2 hidangan setiap hari.

Aras 3: Ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu

  • Anak anda harus mengambil makanan dalam kumpulan ini dalam kuantiti yang sederhana
  • Makanan dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein, vitamin B dan mineral
  • Keperluan untuk anak anda ialah 2 hidangan untuk ikan, ayam, itik, daging dan ubi - ubian dan 2 hingga 3 hidangan untuk susu dan hasil tenusu setiap hari.

Aras 4: Lemak, minyak dan kumpulan gula

  • Pastikan anak anda kurangkan pengambilan daripada kumpulan makanan jenis ini

5 ulasan:

  1. pada pendapat saya, adalah lebih baik BBM dalam bentuk yg mudah difahami dan menarik..
    cth dalam bentuk slide power point yg mempunyai ringkas dan bergambar..
    lebih abik jika dalam bentuk peta minda, berwarna-warni dan bergambar..
    mesti murid tak bosan dan ingat apa yg dipelajari..

    BalasPadam
  2. Ini kali pertama saya mengenali cara membuat folio,oleh itu,guru saya membenarkan saya membuat folio walaupun gambarnya tidak bewarni-warni.Terlanjur pula saya ingin membuat folio pendidikan sivik kewarganegaraan buat kali pertama,oleh itu juga, saya baru mempelajari pendidikan itu pada tahun ini. oleh saya kurang memahami cara membuat folio,saya telah menyertai program Zoom A di sekolah untuk mengetahui cara membuat folio dengan lebih lanjut. sekian Assalamualaikumdan selamat sejahtera kepada yang bukan muslim...

    BalasPadam
  3. Tak lengkaplap lah blog niiiiii!

    BalasPadam
  4. saye tak faham langsunggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg

    BalasPadam

PERSEMBAHAN GAMELAN

PERSEMBAHAN MUZIK BAMBOO SABAH

TAHUN 5: AKTIVITI 2A-SET INDUKSI(URUS MASA,KERJA SEMPURNA)

TAHUN 4: AKTIVITI 1 E-Saya Yakin Boleh

MUHIBBAH

MALAYSIAKU.. INDAH, PERMAI DAN MENAKJUBKAN...

TEMA 2-HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT :MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

TAHUN BARU CINA

CAHAYA DEEPAVALI

ADAB BERHARI RAYA KAUM MELAYU

BERHEMAH TINGGI AMALAN MULIA

TEMA 3:HIDUP BERSAMA DISEKOLAH DAN MASYARAKAT -BUDI BAHASA AMALAN KITA

TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA-SURAT DARI SEORANG IBU

PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK- TIBOW