KITA BOLEH MALAYSIA BOLEH

SAYA ANAK MALAYSIA

Ahad, 23 Januari 2011

CHONG WEI RANGKUL TERBUKA MALAYSIA KALI KE TUJUH

KUALA LUMPUR, 23 Jan — Pemain badminton perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei menewaskan Taufik Hidayat dari Indonesia untuk merangkul gelaran Terbuka Malaysia buat kali ketujuh sebentar tadi.

Anak buah Datuk Misbun Sidek itu mengatasi Taufik 21-8 dan 21-17 dalam masa 35 minit untuk muncul juara kejohanan kali ini.
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH DARI KAMI RAKYAT MALAYSIA
MALAYSIA BOLEH!!!!!

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA BUAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA BERKETURUNAN CINA

Gong Xi Fa Cai adalah suatu ucapan selamat Tahun baru yang jika diterjemahkan bermakna "Selamat Bertambah Kaya".
Astrologi Cina, mengikut peredaran terdiri dari 12 tahun. Menurut legenda Cina, satu tahun baru Cina Sang Buddha telah mengundang semua haiwan dalam kerajaan dia mempersembahkan diri di depan dia. Hanya ada 12 binatang sahaj yang datang. Yang pertama ialah Tikus, diikuti oleh Lembu, Harimau, Arnab, Naga, Ular, Kuda, Kambing, Monyet, Ayam Jaguh, Anjing dan akhir sekali Babi. Sebagai tanda berterima kasih, Buddha memutuskan menamakan setahun mengikut tiap binatang, tambahan tiap orang yang lahir pada tahun tersebut memiliki sebarang ciri-ciri dan sifat binatang itu.
MAKNA HAIWAN

KEPERIBADIAN TIKUS
Menarik hati, akal kancil, pandai menyesuaikan diri, kreatif, pemboros, berkawan, pandai dengan angka.
TAHUN TIKUS
Waktu sedia untuk pengembaraan yang baru. Waktu baik bagi berpindah atau memulakan pekerjaan baru. Kesihatan dan kewangan baik tetapi simpan untuk tahun yang datang.

KEPERIBADIAN LEMBUDapat dipercayai, praktik, teratur, setia, tidak mahu berkongsi. Tidak gemerlapan tetapi kuat dan teguh.
TAHUN LEMBUTahun kekukuhan dan pengembangan dengan cermat tetapi penting menjamin anda dapat tandatangan di garisan bertitik atau anda boleh menghilangkan peluang.

KEPERIBADIAN HARIMAUBersaing, pemimpin, berani, ghairah.
TAHUN HARIMAU
Waktu perubahan dramatik dan huru-hara. Waktu taruhan besar dan memburu matlamat dengan garang. Bukan waktu baik bagi berjudi. Berjaga-jaga kemalangan.

KEPERIBADIAN ARNAB
Ramah mesra walau pun bebas, rendah hati, berfikir dengan jelas, tidak mudah ditipu, seorang penyembuh berbakat.
TAHUN ARNAB
Tahun untuk diplomasi dan pemujukan. Tahun baik bagi hal memperanakkan. Tahun baik bagi kejayaan dengan perubatan tradisional dan jamu. Berjaga-jaga terlalu turutan kendak dan kelengahan.

KEPERIBADIAN NAGA
Seorang extrovert, berhias, ganjil dan istimewa. Cerdik dan tak tentu tetapi selalu di lampu tumpu.
TAHUN NAGA
Waktu baik bagi rancangan boros dan kreatif. Cenderung berjudi pada satu rancangan besar, pemenang membolot segala-gala. Kejayaan untuk orang dan projek ganjil dan artistik.

KEPERIBADIAN ULARHalus budi bahasa dan lemah lembut. Pandai memungut maklumat and mengunakannya dengan cerdik. Iri hati.
TAHUN ULAR
Tahun gosip dan umpatan. Tahun untuk berjaga-jaga apa yang terjadi di bawah muka. Keanggunan dan kehalusan. Baik bagi perundingan rahsia.

KEPERIBADIAN KUDARamah mesra, sportif, gemar bercakap, seorang penzamin (terutama jika dilahirkan pada 1906 atau 1966).
TAHUN KUDATahun kestabilan politik dan memperkuatkan posisi anda. Perjalanan. Berjaga-jaga untuk pembaziran.

KEPERIBADIAN KAMBINGTidak mementingkan diri sendiri, penuh kasih sayang, baik hati, artistik, seorang tukang, diplomatik.
TAHUN KAMBING
Tahun perdamaian dan perkara kemanusiaan, cinta.

KEPERIBADIAN MONYETSuka menciptakan hal baru, cerdik, nakal, tidak bermoral, serba boleh, penuh fikiran dan percakapan.
TAHUN MONYET
Ketidakstabilan, janji dimungkiri dan pertengkaran politik. Tahun keresahan dan ketidakstabilan mata wang. Baik bagi spekulasi.

KEPERIBADIAN AYAM JAGUH
Berazam, berbangga, yakin, bersifat tajam, terus terang. Sering mengambil terlalu tanggunjawab. Lurus hati dan cekap.
TAHUN AYAM JAGUHTahun waktu kerjaya lebih penting daripada rumah. Pengorbanan dan kekecewaan dalam cinta. Perasaan nasionalis naik dan pelampauan.

KEPERIBADIAN ANJINGSetia, lurus hati, seorang pekerja yang rajin, konservatif, bersikap mempertahankan diri, keras hati, kawan bagus, sportif, berjuang.
TAHUN ANJINGTahun untuk konservatisme dan pertahanan. Baik bagi harta dan mengubah rancangan. Baik bagi kesihatan.

KEPERIBADIAN BABISuka rumah, bersahaja, murah hati, terlalu menurut kehendak, baik hati, rajin, rela meneruskan dengan sebuah projek sehingga berakhirnya.
TAHUN BABI
Tahun baik bagi perhimpunan keluarga dan perkara berkenaan dengan keluarga. Tahun baik bagi menyelesaikan projek dengan berjaya. Tidak baik bagi pengembangan.
TAHUN CINA
Tikus 1936 1948 1960 1972 1984 1996 2008
Lembu 1937 1949 1961 1973 1985 1997 2009
Harimau 1938 1950 1962 1974 1986 1998 2010
Arnab 1939 1951 1963 1975 1987 1999 2011
Naga 1940 1952 1964 1976 1988 2000 2012
Ular 1941 1953 1965 1977 1989 2001 2013
Kuda 1942 1954 1966 1978 1990 2002 2014
Kambing1943 1955 1967 1979 1991 2003 2015
Monyet 1944 1956 1968 1980 1992 2004 2016
Ayam 1945 1957 1969 1981 1993 2005 2017
Anjing 1946 1958 1970 1982 1994 2006 2018
Babi 1947 1959 1971 1983 1995 2007 2019
Dari jadual di atas kita boleh mengetahui pada tahun apa kita dilahirkan, dan apakah keperibadian kita mengikut tahun tersebut mengikut kepercayaan masyarakat Cina.


SILA KLIK TAJUK DI BAWAH UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT TENTANG: 

Selasa, 18 Januari 2011

SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN THAIPUSAM:20 JANUARI 2011

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.

Thaipusam dirayakan pada bulan ‘Thai’ bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.
Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belalang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.
Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar kerana telah menggunakan bahan-bahan tertentu .
Lokasi Sambutan Thaipusam di Malaysia
Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut secara besar-besaran dan meriah di Malaysia.

Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves
, Selangor merupakan kuil tumpuan utama penganut India . Sambutan perayaan Thaipusam bermula dengan perarakan arca Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas pedati perak setinggi 7 meter dari Kuil Mahamariaman di Jalan Tun Hs Lee. Susu abishegam disiram kepada Dewa Murugan.
Di Ipoh, Perak, perayaan Thaipusam disambut di Kuil Sri Subramaniar Gunung Cheroh . Ia bermula dengan perarakan pedati termasuk pedati mini mini ratham untuk Dewa Murugan dari Kuil Maha Mahamariaman di Buntong , Ipoh.
Di Kuching , Sarawak ia disambut di Kuil Nivasagar , bandar Kuching.
Di Pulau Pinang, ia disambut di Kuil Arulmigu Balathandayuthabani , Georgetown.
Di Johor, ia disambut di Kuil Sri Muniswarar di Tampoi serta Kuil Sri Bubramaniar di Jalan Kolam Air dan Kuil Arulmigu Thendayuthapani di Jalan Kuel.
Di Malaysia, hari Thaipusam merupakan cuti umum di beberapa buah negeri seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pulau Pinang. Pada 20 Januari 2008, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bercuti umum sempena hari Thaipusam. Negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah , Sarawak dan Melaka belum menjadikan Thaipusam sebagau cuti umum.

Jumaat, 14 Januari 2011

PESTA PONGAL (15 JANUARI 2011) -PERAYAAN PENGANUT AGAMA HINDU

Perkataan 'pongal' adalah bermaksud 'masa menuai' dan ia menandakan masa untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu.

Di pagi hari pada pesta Pongal biasanya kaum wanita akan mengemas rumah dan menghiasi rumah dengan 'kolams'. Kolams ialah hiasan lantai yang diperbuat dari beras yang diwarnakan.Biasanya kolams ini dibuat di depan pintu rumah, sebagai tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan.
.
Pintu rumahnya diikat dengan tebu dan daun mangga bagi menceriakan suasana.

Empat buah dapur kecil turut diletakkan atas kolam. Pada masa yang sama beberapa buah periuk tembaga dan perak yang dihiasi daun mangga, daun kunyit dan pewarna kum kum juga ditempatkan di situ sebelum upacara bermula.


Perayaan Ponggal yang jatuh pada pertengahan Januari ini, bagi meraikan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara oleh penganut agama Hindu. Perayaan yang disambut selama empat hari berturut-turut itu merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam.

Pada hari pertama, perayaan itu dipanggil Bhogi bagi menandakan permulaan penting dalam kehidupan masyarakat India. Pada hari itu, seluruh rumah dibersihkan dan barang-barang lusuh dibuang dan dibakar bagi menyingkirkan anasir-anasir buruk.

Pada hari kedua, beras yang dituai akan digunakan untuk memasak Ponggal sehingga ia melimpah keluar dari periuk. Perbuatan membiarkan masakan itu melimpah dikenali sebagai Ponggal dalam bahasa Tamil. Surya Ponggal juga memberi penghormatan kepada tenaga matahari dan bermulanya hari pertama bulan Thai dalam kalendar Tamil.

Tujuh jenis sayuran dan rempah ratus seperti lada kering, jintan manis, buah pelaga, jintan putih dan biji sawi itu wajib sebagai bahan untuk hidangan istimewa pada hari perayaan ini, selain belanga, susu, beras, tebu, daun pisang dan kelapa

Hari ketiga adalah hari yang dikhaskan untuk haiwan lembu. Ia dipanggil hari 'Mattu’. Masyarakat Hindu percaya bahawa lembu ialah binatang suci yang banyak berjasa kepada  manusia.
Hari terakhir Pongal pula adalah hari dimana kawan-kawan yang berjauhan datang untuk melawat. Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama terpisah

Perayaan Pongal juga dianggap sebagai hari kesyukuran kepada Tuhan kerana memberi rezeki untuk memperoleh makanan dan air yang cukup, tempat tinggal yang sempurna dan keluarga yang bahagia dan juga membantu mengeratkan hubungan silaturahim di antara ahli keluarga.

Penyediaan juadah berasaskan sayur-sayuran kampung pula mendidik generasi muda mengenali masakan asli nenek moyang mereka. 


PERSEMBAHAN GAMELAN

PERSEMBAHAN MUZIK BAMBOO SABAH

TAHUN 5: AKTIVITI 2A-SET INDUKSI(URUS MASA,KERJA SEMPURNA)

TAHUN 4: AKTIVITI 1 E-Saya Yakin Boleh

MUHIBBAH

MALAYSIAKU.. INDAH, PERMAI DAN MENAKJUBKAN...

TEMA 2-HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT :MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

TAHUN BARU CINA

CAHAYA DEEPAVALI

ADAB BERHARI RAYA KAUM MELAYU

BERHEMAH TINGGI AMALAN MULIA

TEMA 3:HIDUP BERSAMA DISEKOLAH DAN MASYARAKAT -BUDI BAHASA AMALAN KITA

TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA-SURAT DARI SEORANG IBU

PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK- TIBOW