KITA BOLEH MALAYSIA BOLEH

SAYA ANAK MALAYSIA

Selasa, 1 Jun 2010

TEMA 5- MALAYSIA NEGARAKU:SELAMAT HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA

Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, Malaysia menyambut hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong pada setiap hari Sabtu minggu pertama bulan Jun.


Hari ini disambut dengan acara penganugerahan darjah kebesaran kepada warganegara Malaysia yang telah banyak berjasa kepada negara. Kemuncak sambutan termasuk ‘Perarakan Panji-Panji’ oleh anggota tentera, serta pelbagai bentuk pameran dan pertunjukan. 


Yang DiPertuan Agong Malaysia Yang Ke-13
Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah




D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.S.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K.(Johor), D.K.M.B.(Brunei), D.K.(Perak), D.K.(Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur De La Legion D'Honneur (France)

Gelaran Yang di-Pertuan Agong merupakan gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat)Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri.
Sebagai salah seorang daripada rakyat di Negara Malaysia tercinta ini, saya ingin menjunjung kasih mengucapan Syabas dan Tahniah kepada Kebawah Duli Tuanku di atas sambutan Hari Keputeraan rasmi Kebawah Duli Tuanku pada 5 Jun 2010 ini  sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang ke-13. 
Semoga Tuhan mengurniakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan hidup kepada Tuanku sebagai payung kepada seluruh rakyat di negara ini.





Allah Lanjutkan Usia Tuanku





Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
PEMILIHAN YANG DI-PERTUAN AGONG
Pemilihan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan kepada sistem giliran yang telah ditetapkan.
Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja melalui undi rahsia bagi menentukan pengganti bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong seterusnya.
Syarat yang akan diambil kira ialah:
  1. Kekananan di kalangan Sultan dan Raja;
  2. Baginda berkenan untuk menjadi Agong;
  3. Tidak mengalami kelemahan atau ketidak upayaan mental;
  4. Merupakan Raja yang berada di kedudukan teratas;
  5. Mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain;
  6. Dan bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.
Faktor lain ialah usia dan tempoh masa pemerintahan dan kalau kita lihat daripada aspek status atau peranan yang dimainkan oleh Yang Dipertua usia dan tempoh masa pemerintahan seseorang Raja di sesebuah negeri amat penting kerana apabila baginda telah menjalankan pemerintahan dalam tempoh yang lama ini dapat menggambarkan kematangannya terhadap cara pemerintahan.



Raja-raja berikut pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong sebelum ini:


1.   Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan,  
       diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah   
       pada 1  April 1960.
2.    Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari   
       Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah  
       pada 1 September 1960.
3.   Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 
      1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000
4.   Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu
      diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979.
5.   Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni 
      Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970- 
      1975
6.   Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917,  
       memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979
7.   Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin 
      Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984
8.   Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor,  
      diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 2010.
9.   Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu 
      dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994
10  Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan 
       pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2008
11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj  
      dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah 
      pada 4 Disember 2001
12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, 
       memerintah pada 2001-200
13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari  
      Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-semasa


Rujukan: Wikepedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN GAMELAN

PERSEMBAHAN MUZIK BAMBOO SABAH

TAHUN 5: AKTIVITI 2A-SET INDUKSI(URUS MASA,KERJA SEMPURNA)

TAHUN 4: AKTIVITI 1 E-Saya Yakin Boleh

MUHIBBAH

MALAYSIAKU.. INDAH, PERMAI DAN MENAKJUBKAN...

TEMA 2-HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT :MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

TAHUN BARU CINA

CAHAYA DEEPAVALI

ADAB BERHARI RAYA KAUM MELAYU

BERHEMAH TINGGI AMALAN MULIA

TEMA 3:HIDUP BERSAMA DISEKOLAH DAN MASYARAKAT -BUDI BAHASA AMALAN KITA

TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA-SURAT DARI SEORANG IBU

PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK- TIBOW