KITA BOLEH MALAYSIA BOLEH

SAYA ANAK MALAYSIA

Khamis, 6 Ogos 2009

Kandungan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Kandungan mata pelajaran ini digubal secara tematik. Penggubalan tema ini
mengambil kira struktur hubungan murid dengan persekitarannya, bermula dan
diri sendiri, hubungan dengan keluarga, masyarakat sekolah, komuniti luar
sekolah, negara dan cabaran masa depan murid. Dalam konteks ini, murid
didedahkan dengan unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai yang menjadi
ciri-ciri masyarakat Malaysia.

Tema yang ditetapkan adalah seperti berikut:

i. Sayangi Diri
Tema ini menghuraikan aspek perkembangan diri iaitu cara murid
mengenal, mengurus dan mendisiplinkan diri serta mempelajari tentang
hak dan tanggungjawab mereka sebagai kanak-kanak. Topik dalam tema
ini ialah:
· Mengenali diri
· Keyakinan diri
· Pengurusan diri
· Disiplin diri
· Pengurusan masa
· Hak dan tanggungjawab kanak-kanak

ii. Sayangi Keluarga
Tema ini menghuraikan peranan dan tanggungjawab anggota keluarga
dan pembinaan keluarga bahagia mengikut perspektif pelbagai agama
Topik dalam tema ini ialah:
· Mengenali keluarga sendiri
· Peranan dan tanggungjawab anggota keluarga asas
· Hubungan keluarga kembangan
· Keluarga yang harmoni mengikut ajaran pelbagai agama dan
kepercayaan

iii. Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat
Tema ini menghuraikan aspek interaksi dan komunikasi dalam komuniti
sekolah, semangat kejiranan, tanggungjawab individu terhadap alam
sekitar dan peranan agensi tempatan dalam memastikan kesejahteraan
hidup bermasyarakat. Topik dalam tema ini ialah:
· Interaksi dan komunikasi dengan komuniti sekolah
· Semangat kejiranan
· Aktiviti kejiranan
· Tanggungjawab terhadap kawasan persekitaran
· Kebersihan dan keceriaan persekitaran
· Peranan agensi tempatan

iv. Kenali Budaya Malaysia
Tema ini menghuraikan kepelbagaian warisan budaya masyarakat dan
tanggungjawab individu untuk mengekalkan dan menghargai warisa
budaya negara. Topik dalam tema ini ialah:
· Kenali dan apresiasi kekayaan pelbagai warisan budaya Malaysia
· Kenali adab sosial warisan budaya Malaysia
· Tanggungjawab mengekalkan kepelbagaian warisan budaya
Malaysia

v. Malaysia Negaraku
Tema ini menghuraikan aspek identiti negara, sistem kerajaan Malaysia
kepemimpinan negara dan tanggungjawab rakyat untuk mengekalkan
kemerdekaan negara. Topik dalam tema ini ialah:
· Kenali Malaysia
· Bangga dengan identiti negara
· Kenali sistem kerajaan Malaysia
· Kenali dan hormati pemimpin negara
· Hargai perjuangan tokoh-tokoh
· Tanggungjawab mengekalkan kemerdekaan

vi. Sedia Hadapi Cabaran
Tema ini menghuraikan aspek persediaan diri untuk masa depan, ciri
individu terpuji dan kehidupan remaja yang sihat dan cergas. Topik dalam
tema ini ialah:
· Membina budaya cemerlang untuk masa depan
· Ciri-ciri peribadi terpuji
· Remaja yang sihat dan cergas

Tema dalam mata pelajaran ini tidak terikat dengan urutan dan guru boleh
menyesuaikan tema-tema ini dengan aktiviti dan isu semasa yang berlaku dalam
sekolah, masyarakat atau di peringkat kebangsaan. Misalnya, tema Malaysia
Negaraku boleh diajar dalam konteks sambutan bulan kemerdekaan supaya
murid dapat memahami peranan dan tanggungjawabnya sebagai warganegara
dengan lebih berkesan dan bermakna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN GAMELAN

PERSEMBAHAN MUZIK BAMBOO SABAH

TAHUN 5: AKTIVITI 2A-SET INDUKSI(URUS MASA,KERJA SEMPURNA)

TAHUN 4: AKTIVITI 1 E-Saya Yakin Boleh

MUHIBBAH

MALAYSIAKU.. INDAH, PERMAI DAN MENAKJUBKAN...

TEMA 2-HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT :MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

TAHUN BARU CINA

CAHAYA DEEPAVALI

ADAB BERHARI RAYA KAUM MELAYU

BERHEMAH TINGGI AMALAN MULIA

TEMA 3:HIDUP BERSAMA DISEKOLAH DAN MASYARAKAT -BUDI BAHASA AMALAN KITA

TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA-SURAT DARI SEORANG IBU

PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK- TIBOW