KITA BOLEH MALAYSIA BOLEH

SAYA ANAK MALAYSIA

Jumaat, 26 Mac 2010

TEMA 6: SEDIA HADAPI CABARAN : KEMPEN EARTH HOUR

Kempen padam lampu 27 Mac 2010

Oleh Hanisah Selamat
nisa@bharian.com.my
2010/03/26

KEMPEN Earth Hour kembali serentak seluruh dunia esok.
KEMPEN Earth Hour kembali serentak seluruh dunia esok.
KUALA LUMPUR: Kempen padamkan lampu, Earth Hour akan kembali lagi serentak di seluruh dunia, tidak terkecuali Malaysia jam 8.30 malam, esok.

Walaupun hanya sejam, usaha Tabung Alam Sedunia (WWF) menjadikan Sydney sebagai bandar raya perintis tiga tahun lalu mendapat maklum balas memberangsangkan hingga menjadi ikutan negara lain.

Di negara ini, Tenaga Nasional Bhd (TNB) juga mengumumkan penggunaan tenaga elektrik jatuh 550 megawatt (mw) bersamaan 14 juta mentol kalimantang berkuasa 40watt setiap satu pada kempen tahun lalu. Sedar atau tidak, Earth Hour yang secara simbolik menyatakan sokongan padu terhadap usaha menangani perubahan cuaca akibat pemanasan global menjadi pencetus kesedaran sejagat.

Dijangka masyarakat tempatan tidak kira di ibu negara atau ceruk kampung turut bersama menyokong kempen diilhamkan WWF berikutan sokongan ditonjolkan menerusi laman sosial terutama Facebook (FB).

Jika pada 2009, dianggarkan enam juta penduduk Malaysia menyertai Earth Hour, pastinya kali ini lebih ramai menyahut seruan ditambah kesedaran setiap individu mengekalkan kehijauan bumi.

Isu perubahan cuaca yang menjadi kebimbangan seluruh penduduk dunia turut memberi inspirasi kepada sektor korporat, hotel dan pusat beli-belah memadamkan lampu esok selain menganjurkan pelbagai aktiviti bagi menyemarakkan kempen. 

Antaranya Kumpulan IOI Berhad (Kumpulan IOI), Ikea Malaysia, YTL Corporation, Sunway Pyramid, HSBC Bank Malaysia Berhad, Kumpulan Hotel Pan Pacific (Parkroyal KL, Pan Pacific KLIA dan Parkroyal Penang) dan Hotel Hilton Petaling Jaya.

Inisiatif yang nyata memberi impak biar hanya sejam suis lampu dipadam mensasarkan pembabitan satu bilion manusia di kota seluruh dunia dan kita selaku warga bumi wajar memberi sokongan sebagai tanda keprihatinan sejagat.

Tahun lalu, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bersama beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) turut menyokong inisiatif bergelap (di lokasi tertentu), diharap kali ini lebih banyak PBT serta agensi kerajaan lain turut mencontohi pihak berkenaan.

Seperti dimaklumkan WWF, biarpun hanya sejam bergelap, kita mengurangkan pemanasan global daripada penggunaan bahan api fosil yang mewujudkan bekalan elektrik dan jika seluruh rakyat Malaysia menyertai kempen ini, bayangkan berapa banyak bahan itu dapat dikurangkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN GAMELAN

PERSEMBAHAN MUZIK BAMBOO SABAH

TAHUN 5: AKTIVITI 2A-SET INDUKSI(URUS MASA,KERJA SEMPURNA)

TAHUN 4: AKTIVITI 1 E-Saya Yakin Boleh

MUHIBBAH

MALAYSIAKU.. INDAH, PERMAI DAN MENAKJUBKAN...

TEMA 2-HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT :MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

TAHUN BARU CINA

CAHAYA DEEPAVALI

ADAB BERHARI RAYA KAUM MELAYU

BERHEMAH TINGGI AMALAN MULIA

TEMA 3:HIDUP BERSAMA DISEKOLAH DAN MASYARAKAT -BUDI BAHASA AMALAN KITA

TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA-SURAT DARI SEORANG IBU

PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK- TIBOW