KITA BOLEH MALAYSIA BOLEH

SAYA ANAK MALAYSIA

Jumaat, 7 Ogos 2009

TAHUN 5/TEMA 5: UNIT 10- AKTIVITI 10C- SENARAI PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI KEENAM

Mohd Najib bin Abdul Razak

YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak[1] (lahir 23 Julai, 1953) merupakan Perdana Menteri Malaysia terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein.Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke 7.

KELUARGA

Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib. Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohamad Noah. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein

PENDIDIKAN

Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.

KERJAYA POLITIK

Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.

Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berusia 29 tahun.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:

1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos

1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan

1981-1982- Timbalan Menteri Kewangan

1982-1986- Menteri Besar Pahang

1986-1987- Kementerian Belia dan Sukan (Menteri Kebudayaan, belia dan Sukan)

1990-1995- Menteri Pertahanan

1995-1996- Menteri Pendidikan

Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.

Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.

Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.

Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.





PERDANA MENTERI PERTAMA




NAMA: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
TARIKH LAHIR: 8 Februari 1903
GELARAN: Bapa Kemerdekaan
TEMPOH BERKHIDMAT: 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970





JASA Tunku Abdul Rahman yang tidak boleh dilupakan apabila beliau berjaya membawa kemerdekaan kepada negara tanpa sebarang pertumpahan darah. Beliau menjadi pemimpin Umno Malaya Pertama.

Tunku menyarankan tilawah al-Quran dijadikan acara utama negara dan Pertandingan Musabaqah al-Quran peringkat antarabangsa pertama berlangsung pada 9 Mac 1961.

Tunku juga membentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan (1956), Dasar Kebudayaan dan Akta Bahasa Kebangsaan (1963/67) yang menandakan beliau mementingkan pendidikan anak bangsanya.

Nama Tunku terus dikenang sebagai pemimpin berwibawa apabila berjaya membentuk Malaysia pada 16 September 1963 yang awalnya merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura.

Ada pengkritik sejarah mengatakan tindakan Tunku menyingkir Singapura daripada Malaysia selepas penyertaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada pilihan raya umum 1964 sehingga menimbulkan ketegangan kaum Melayu dan Cina, adalah satu kesilapan besar kerana ia menyebabkan Singapura nekad berpisah dari Malaysia pada 1965.

Tunku juga terkenal sebagai pemimpin yang mementingkan perpaduan, malah sanggup berkorban apa saja demi kesejahteraan rakyat. Namun, usahanya tidak berjaya apabila rusuhan kaum tercetus pada 13 Mei 1969.
Tunku meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di Makam Di Raja Langgar, Alor Star.





PERDANA MENTERI KEDUA

NAMA: Tun Abdul Razak Datuk Hussein
TARIKH LAHIR: 11 Mac 1922
GELARAN: Bapa Pembangunan
TEMPOH BERKHIDMAT: 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976





TUN ABDUL RAZAK mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 22 September 1970 ketika negara dilanda kemiskinan dan menghadapi masalah perpaduan kaum.

Menyedari ketegangan kaum berpunca daripada masalah kemiskinan orang Melayu dan perpaduan kaum yang rapuh, beliau melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rukun Negara. Falsafah pembangunan DEB yang dilancarkan pada 1970 menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi.

Abdul Razak juga mewujudkan pelan pembangunan sistematik melalui Rancangan Pembangunan Malaysia selama lima tahun; bermula Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua sebagai pemangkin DEB.

Beliau mencetuskan idea penubuhan Barisan Nasional selepas menyaksikan tragedi berdarah 13 Mei 1969 dengan mengembangkan Parti Perikatan yang memerintah ketika itu kepada Umno, MCA dan MIC.

Seperti Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak serius terhadap pendidikan anak Melayu dengan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara pada 1972 yang turut memberi laluan dengan kuota 10 peratus kepada pelajar kaum lain.

Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London ketika masih memegang jawatan Perdana Menteri kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Tun Hussein Onn.





PERDANA MENTERI KETIGA

NAMA: Tun Hussein Onn
TARIKH LAHIR: 1922
GELARAN: Bapa Perpaduan
TEMPOH BERKHIDMAT: 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981





TUN HUSSEIN mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketiga pada jam 9.30 pagi 5 Januari 1976, sehari selepas Tun Abdul Razak meninggal dunia, dengan agenda utamanya: Meneruskan pembangunan negara.

Walaupun tempoh beliau menjadi Perdana Menteri agak pendek, tetapi Hussein dikenali sebagai pemimpin konsisten dan tidak banyak menimbulkan kontroversi.

Beliau dikenang kerana jasanya menegakkan keadilan dan kejayaannya menarik kedatangan pelabur luar yang menjadi penggerak kepada perkembangan ekonomi negara.

Hussein meletak jawatan pada 16 Julai 1981 atas sebab kesihatan dan tugasnya diambil alih Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang mengangkat sumpah pada hari sama. Beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1990 ketika berusia 68 tahun di San Francisco, Amerika Syarikat, kerana serangan sakit jantung.




PERDANA MENTERI KEEMPAT

NAMA: Tun Dr Mahathir Mohamad
TARIKH LAHIR: 20 Disember 1925
GELARAN: Bapa Pemodenan
TEMPOH BERKHIDMAT: 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003







TUN Dr Mahathir dilahirkan di Seberang Perak, Alor Star, Kedah. Beliau Perdana Menteri paling lama dalam sejarah negara, iaitu 22 tahun.
Pemimpin yang digelar Pencetus Minda Malaysia ke arah negara maju lantang menyuarakan pelbagai pendapat inovatif yang disifatkan mendahului zamannya. Di bawah pemerintahannya, negara melalui pelbagai proses pembangunan sehingga Malaysia dikenali di dunia.

Sejarah hitam apabila Umno diisytihar sebagai parti pemerintah tidak sah berikutan rasa tidak puas hati segelintir ahli Umno pada 4 Februari 1988, memberi kesempatan kepada Dr Mahathir menyusun strategi untuk menyatupadukan ahli parti serta berjuang habis-habisan demi kemajuan negara.

Terlalu banyak sumbangan jika hendak disenaraikan kerana beliau tidak pernah jemu memperkenalkan pelbagai dasar serta projek pembangunan seperti kempen Bersih, Cekap dan Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan, Dasar Kependudukan 70 Juta, Dasar Pandang Ke Timur, penswastaan dan Dasar Perindustrian Negara.

Hasrat melihat Malaysia menjadi negara maju dan mempunyai rakyat yang mampu bersaing di peringkat dunia dilahirkan melalui Wawasan 2020. Sejak itu pelbagai pembangunan dilihat, termasuk pelancaran Dasar Perindustrian Negara yang menaikkan nama negara apabila berjaya menghasilkan kenderaan nasional Proton Saga dan motosikal Kriss, selain pembinaan litar Formula 1, Transit Aliran Ringan (LRT), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya dan Cyberjaya.





PERDANA MENTERI KELIMA

NAMA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
UMUR: 64 tahun
TARIKH LAHIR: 26 November 1939
TEMPAT LAHIR: Kepala Batas, Pulau Pinang
ISTERI: Datin Seri Endon Mahmood
ANAK: Kamaluddin, Nori
KELULUSAN: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Universiti Malaya





KELMARIN, 31 Oktober 2003, rasmilah Datuk Seri Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima. Memegang tampuk pemerintahan pada usia 64 tahun, Pak Lah dilihat cukup matang dan berkaliber bagi meneruskan perjuangan ke arah negara maju.

Pak Lah yang dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 8 Januari 1999 merangkap Menteri Dalam Negeri, sebenarnya mempunyai asas politik kukuh kerana terbabit dalam pelbagai pertubuhan nasionalis sejak di universiti.

Kesetiaan Pak Lah kepada Umno tidak berbelah bagi kerana ketika Umno diisytiharkan sebagai tidak sah pada 1988 dan rakan seperjuangannya menubuhkan Semangat 46, beliau tetap teguh menyokong Dr Mahathir dalam mengembalikan kegemilangan Umno.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau menyeliakan pelaksanaan dasar KeIslaman sejajar dengan aliran semasa dan Dasar Pandang Ke Timur yang bertujuan menyemai etika kerja yang baik di kalangan tenaga kerja Malaysia.

Beliau memainkan fungsi penting dalam program Dr Mahathir, termasuk kempen Kepimpinan Melalui Teladan, Persyarikatan Malaysia, Dasar Penswastaan dan memperbaiki perkhidmatan kaunter agensi kerajaan, selain memperkenalkan konsep pusat sehenti untuk orang awam berurusan dengan kerajaan.

Kewibawaan Pak Lah yang memiliki Ijazah Pengajian Islam dari Universiti Malaya terserlah apabila beliau mampu menghadapi suasana genting penuh emosi di Pusat Dagangan Dunia Putra sejurus selepas Dr Mahathir mengumumkan persaraannya.

Berbekalkan pengalaman 13 tahun dalam perkhidmatan awam dan 25 tahun dalam politik, Pak Lah diyakini mampu menerajui dan meneruskan agenda pembangunan seperti diharapkan rakyat, termasuk Dr Mahathir.




38 ulasan:

  1. saya suka blog ini......
    i love this blog

    BalasPadam
  2. cantik warna blog ni,
    isinya juga dapat saya manfaatkan,
    memang cayalah......

    BalasPadam
  3. segalanye aku boleh tahu kat sini :) terima kasih.....

    BalasPadam
  4. time kasihhhhhhhhh :)

    BalasPadam
  5. bodoh2 je la blog nih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn Bodoh2kn sesape.. sekurang2 nye.. owner ni ade gak bg ilmu dekat org lain.. drpd ko..ape ade? tau bodohkn org je.. so..pkir dlu sebelom taip..jgn nmpk kn kebodohan anda.. =)

      Padam
    2. Entah ape ape entah korang ni .

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. haih x elok lah ckp bodoh bodoh.....Org baca blog ni utk mendapat kan ilmu jgn lah ckp bodoh kat blog org....Cuba kalau org ckp bodoh kat awk ape awk rasa?? sakit hati kan..... :)

      Padam
  6. thanx..really helps me

    BalasPadam
  7. Nak Ingat Nama Perdana Menteri Kita Semua? Ingat Nama Perdana Menteri Pertama.. Ingat La Semua Tu.. "RAHMAN"

    Tunku Abdul (R)ahman Putra Al-Haj
    Tun (A)bdul Razak Datuk Hussein
    Tun (H)ussein Onn
    Tun Dr (M)ahathir Mohamad
    Datuk Seri (A)bdullah Ahmad Badawi
    Dato' Seri Mohd (N)ajib Abdul Razak

    BalasPadam
    Balasan
    1. seme ore tau pasal mende nie..........

      Padam
    2. Terima kasih.. Senang nk timbulkn minat anak2 sign Sejarah..

      Padam
    3. Terima kasih.. Senang nk timbulkn minat anak2 sign Sejarah..

      Padam
  8. ramai2 generasi baru sekarang, setakat tun Mahathir shj yg mereka ingat. Maklumlah, mereka lahir di zaman sudah ada serba-serbi.. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  9. saya suka corak dan gambar perdana menteri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. budak comel selalu..tpi,cun jgak lah...ko ada????jom kite kawin...16 Mac 2013 pada 3:48 PTG

      ad ku kisah??????tk kn???????huhu...

      Padam
  10. orang tanjung rambutan16 Mac 2013 pada 3:46 PTG

    huhu....saya gila!!hohoho..nk knl bleh????

    BalasPadam
  11. wahh...bnyk benda kita blh tau dr blgo ni kn...:-)

    BalasPadam
  12. it's good for me , thanks to owner of this blogger ;)

    BalasPadam
  13. Bgus la blog ni..ringkas n mudah d fhami..sgt mbntu.. trutme skali utk mhdpi tmudge kerja t..drpd x thu lgsg..kne jgk thu lau x, x gne je dok kt mlysia ni..

    BalasPadam
  14. terima kasih kepada owner blog ini kerana saya dapat menjayakan sebuah buku skrap dengan adanya blog ini dan maklumat2 yang diberi

    BalasPadam
  15. terima kasih atas perkongsian maklumat..jasamu dikenang...

    BalasPadam
  16. maklumat yang padat.. thanks..and teruskan usaha.. :)

    BalasPadam
  17. blog ni memang best

    BalasPadam
  18. blog ini sgt bagus
    wa kasik 100% terbagus drpd semua blog

    BalasPadam
  19. kita mestilah menulis biodata seperti ini.....:)

    BalasPadam
  20. terima kasih kepada penulis

    BalasPadam
  21. Terima kasih teruskan tulisan anda

    BalasPadam
  22. BAGUSLAH BLOG INI . SAYA SUKA BLOG INI. TERIMA KASIH KEPADA PENULIS.

    BalasPadam
  23. Seronok juga dapat tahu tentang tokoh2 kemerdekaan ni. Klau ada apa2 tengok kat sini je. selamat hari kemerdekaan kali ke-58............malaysia aman dan damai dari peperangan.... ALHAMDULILLAH........

    BalasPadam
  24. memang bermanfaat blog nieh.. boeh sye ulangkaji sejarah dan dapat A warnanya pun cantik dan lebih buat kita lebih selesa dan nampak menarik untuk dibaca..
    sye sukakann blog nieh..

    BalasPadam

PERSEMBAHAN GAMELAN

PERSEMBAHAN MUZIK BAMBOO SABAH

TAHUN 5: AKTIVITI 2A-SET INDUKSI(URUS MASA,KERJA SEMPURNA)

TAHUN 4: AKTIVITI 1 E-Saya Yakin Boleh

MUHIBBAH

MALAYSIAKU.. INDAH, PERMAI DAN MENAKJUBKAN...

TEMA 2-HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT :MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

TAHUN BARU CINA

CAHAYA DEEPAVALI

ADAB BERHARI RAYA KAUM MELAYU

BERHEMAH TINGGI AMALAN MULIA

TEMA 3:HIDUP BERSAMA DISEKOLAH DAN MASYARAKAT -BUDI BAHASA AMALAN KITA

TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA-SURAT DARI SEORANG IBU

PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK- TIBOW