KITA BOLEH MALAYSIA BOLEH

SAYA ANAK MALAYSIA

Rabu, 27 Januari 2010

TAHUN 5: TEMA 1 SAYANGI DIRI

PANTUN TEKA-TEKI UNTUK SET INDUKSI 
- AKTIVITI 1D- PATUHI PERATURAN
( Menyatakan peraturan di bilik-bilik khas)


Segala maklumat senang dicari
Jimatkan tenaga masa tak rugi
Ilmu diperolehi dihujung jari
Itulah kecanggihan era teknologi - Bilik Komputer


Tabung uji dan juga kelalang
Antara alatan semasa ujikaji
Bermain di sini adalah dilarang
Takut nanti membahayakan diri - Bilik Sains


Kaunseling kelompok dan juga individu
Mengembangkan potensi diri menjadi tujuan
Emosi dan intelek mestilah sepadu
Memudahkan kita mencapai kejayaan- Bilik Bimbingan dan Kaunseling


Menyanyi dan menari bersama-sama
Bertepuk tangan hati gembira
Marilah menyanyi mengikut irama
Hilanglah rasa duka dan juga lara - Bilik Muzik


Terketuk jari mata berpinar
Akibat peraturan dipatuhi tiada
Gergaji, tukul dan juga spanar
Alatan pertukangan yang mesti ada - Bilik Kemahiran Hidup


Makanan tersedia pembuka selera
Haruslah dibayar sebelum dirasa
Jangan berlengah makanlah segera
Ikut peraturan patuhi masa - Kantin Sekolah


Sumber ilmu ada di sana
Gedung maklumat bahan bestari
Buku rujukan sangat membina
Siapakah saya cubalah cari? - Perpustakaan

TEMA 4 :KENALI PERAYAAN PENGANUT AGAMA HINDU-SAMBUTAN HARI THAIPUSAM- 30 JANUARI 2010


Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.
Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer

Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

TUJUAN SAMBUTAN
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.

Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.
KAVADI

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.

Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucukpanah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belalang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.
Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar kerana telah menggunakan bahan-bahan tertentu .

LOKASI SAMBUTAN DI MALAYSIA
Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut secara besar-besaran dan meriah di Malaysia.
Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Selangor merupakan kuil tumpuan utama penganut India . Sambutan perayaan Thaipusam bermula dengan perarakan arca Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas pedati perak setinggi 7 meter dari Kuil Mahamariaman di Jalan Tun Hs Lee. Susu abishegam disiram kepada Dewa Murugan.
Di Ipoh, Perak, perayaan Thaipusam disambut di Kuil Sri Subramaniar Gunung Cheroh . Ia bermula dengan perarakan pedati termasuk pedati mini mini ratham untuk Dewa Murugan dari Kuil Maha Mahamariaman di Buntong , Ipoh.
Di Kuching , Sarawak ia disambut di Kuil Nivasagar , bandar Kuching.
Di Pulau Pinang, ia disambut di Kuil Arulmigu Balathandayuthabani , Georgetown.
Di Johor, ia disambut di Kuil Sri Muniswarar di Tampoi serta Kuil Sri Bubramaniar di Jalan Kolam Air dan Kuil Arulmigu Thendayuthapani di Jalan Kuel.


Sumber : Wikepedia

PERSEMBAHAN GAMELAN

PERSEMBAHAN MUZIK BAMBOO SABAH

TAHUN 5: AKTIVITI 2A-SET INDUKSI(URUS MASA,KERJA SEMPURNA)

TAHUN 4: AKTIVITI 1 E-Saya Yakin Boleh

MUHIBBAH

MALAYSIAKU.. INDAH, PERMAI DAN MENAKJUBKAN...

TEMA 2-HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT :MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

TAHUN BARU CINA

CAHAYA DEEPAVALI

ADAB BERHARI RAYA KAUM MELAYU

BERHEMAH TINGGI AMALAN MULIA

TEMA 3:HIDUP BERSAMA DISEKOLAH DAN MASYARAKAT -BUDI BAHASA AMALAN KITA

TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA-SURAT DARI SEORANG IBU

PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK- TIBOW