KITA BOLEH MALAYSIA BOLEH

SAYA ANAK MALAYSIA

Rabu, 14 Julai 2010

TEMA 4: NOTA TAHUN 4-PAKAIAN TRADISIONAL KEBANGGAAN KITA

PAKAIAN TRADISIONAL KADAZAN
PAKAIAN WANITA
Sinuangga
Blaus lengan pendek dan kolar berbentuk U dipakai oleh wanita muda. Bersulam disepanjang lipatan lengan, di sisi dan di belakang. Ia menggunakan benang kain bewarna merah, kuning dan krim. Jahitan utama ialah sinisuk bulus iaitu jahitan rantai atau rangkaian. Teknik jahitan berbulu juga digunakan untuk membuat binuunsi.

Butang Betawi dilingkarkan atau digelungan melalui tali dari dalam baju. Dengan cara ini, butang-butang tersebut boleh diguna untuk pelbagai baju. Butang tersebut diikat bersama dari atas ke bawah blaus dengan benang kapas. Saduran emas pada butang perak betawi tersebut merupakan simbol kekayaan masyarakat Kadazan (penampang) di mana sekiranya seseorang berkemampuan mempunyai satu set yang mengandungi 30 butang (sonsolobuam), mereka dianggap orang berada.


Tapi' (Kain/skirt)
Kain kelubung labuh yang lazimnya berwarna hitam. Kini diserikan dengan jalur atau renda berwarna emas mengelilingi pinggul lingga ke bahagian hadapan kain. Jalurnya bersilang di bahagin pinggang hingga ke kaki. 

Aksesori
Himpogot -Tali pinggang dibuat dari duit perak. Biasanya ada tiga pasang yang di pakai bergantung kepada kekayaan pemakai, satu di keliling pinggang, dan dua lagi di atas dan di bawah tangkong.
Tangkong.-Tali pinggul yang dibuat daripda 84 gelang tembaga berukir. Tiga tangkong dipakai bersama, diikat dengan tali ratan merah(hindagang), hitam(initom) . Tali ratan merah digunakan untuk wanita yang belum berkahwin dan hitam untuk wanita yang sudah berkahwin. Tali in biasanya di biarkan kosong di bahagian belakang untuk mengelakan dari sesak nafas.. Tangkong ini boleh di regangkan untuk berbagai tujuan, satu darinya ialah memudahkan seseorang membawa bakul di belakang.
Titimbak -Pin rambut digunakan untuk menghias dan mengetatkan sanggul.
Tiningkokos- Gelang lingkar dibuat dari tembaga atau perak
Gohong -Gelang tembaga atau perak
Hamai -Rantai leher
Simbong -Subang


PAKAIAN LELAKI

Gaung
Baju berlengan panjang pada masa kini, ia diserikan dengan renda dan butang berwarna emas.

Soura 
Seluar panjang hitam dengan bahagian pinggangnya berjalur warna biru pekat. Renda berwarna emas di sisi seluar dan di bahagian pinggul untuk sentuhan potongan moden. 

Siga
Memakai perhiasan kepala yang diperbuat dari kain dastar, dilipat dan lilit dgn beberapa cara seperti hinupong dan berpilin kinahu. 

Kaking atau Toogot
Bengkung pinggang hitam


PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

BAJU MELAYU DAN BAJU KURUNG
TELUK BELANGA
Busana johor2
BAJU RASMI MELAYU JOHOR 
Baju Kurung Teluk Belanga adalah labuh, dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut. Baju Melayu teluk belanga yang dipakai oleh kaum lelaki dan wanita (dikenali sebagai baju kurung) pada dasarnya adalah sama kecuali;

a) Baju yang dipakai oleh lelaki labuhnya adalah separas punggung, alas lehernya lebar dan mempunyai tiga kocek iaitu di dada kiri, di dada kanan dan di bahagian bawah hadapan baju, manakala baju kurung yang dipakai oleh kaum wanita pula labuhnya hingga ke lutut dengan satu kocek di dada kiri atau pun tanpa kocek.

b) Kaum lelaki memakai baju ini dengan seluar panjang samada seluar Acheh atau Seluar panjut. Kaum wanita pula memadankannya bersama kain samada kain dari jenis batik, songket atau sutera. Kain ini pula diikat dengan ikatan yang bernama ombak mengalun, iaitu dengan lipatan-lipatan yang letaknya di rusuk kanan atau kiri. Kepala kain sarung lazimnya diletakkan ke belakang apabila dipakai dengan baju kurung ini.

Pada masa dahulu, wanita Johor memadankan baju kurung dengan kain dagang luar, iaitu sehelai kain sarung yang pada asalnya digunakan sebagai kain kelubung untuk menudung kepala dan berlindung dari cahaya matahari apabila keluar berjalan. Kain dagang luar ini dikenakan di pinggang seperti kain samping lelaki dengan ombak-ombaknya di bawa ke rusuk kiri dan disaukkan pada lengan atau dipegang dengan tangan. Kain mantul, iaitu sehelai selendang pendek yang bertekat dengan kelingkan emas biasanya akan disangkutkan ke bahu apabila si pemakai mengenakan baju kurung dengan kain dagang luar ini. Walaubagaimanapun, baju kurung pada hari ini tidak lagi dipakai dengan kain-kain tradisional sebegini yang lazimnya hanya digunakan oleh masyarakat Melayu zaman dahulu.


BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
 Baju melayu cekak musang adalah sama dengan baju melayu Teluk Belanga kecuali pada bahagian lehernya. Leher baju kurung cekak musang ada kolar. Kolar tersebut hanya selebar satu jari dan kedudukannya menegak. Pada bahagian hadapan kolar ada bukaan panjang yang berkancing. Biasanya ada satu atau dua kancing pada kolar serta tiga lagi kancing pada bukaannya. Butang emas atau emas berbatu permata digunakan sebagai pengancingnya.Pemakaian Melayu baju cekak musang ini lebih terkenal dibahagian tengah dan utara Semenanjung Malaysia. 

SAMPING 
Samping mirip seperti kain sarung, bezanya cuma samping lebih pendek daripada kain sarung. Samping dipakai oleh kaum lelaki Melayu bersama-sama baju Melayu dan seluar panjang. Samping diikat di pinggang di sebelah luar, di atas baju dan seluar. Bahagian kaki samping dilepas hingga ke lutut atau betis.
Pada asalnya samping lelaki adalah panjang hingga ke buku lali dengan bahagian hadapannya disingkatkan bagi menampakkan seluar di bahagian dalamnya. Kini samping yang lebih pendek; kakinya hingga ke paras lutut lebih digemari kerana lebih ringkas dan lebih selesa dipakai.
Di sesetengah tempat, di Johor misalnya, samping dipakai oleh kaum lelaki di sebelah dalam di bawah baju kurung Teluk Belanga mereka. Samping yang dipakai dengan cara ini dipanggil kain samping dagang dalam.
Samping dipakai dengan cara melipat sisi kiri dan sisi kanannya supaya bertindan di tengah-tengah di hadapan badan (box-pleat). Kemudian bahagian yang bertindan itu digulung atau dikemaskan dengan tali pinggang ataupun bengkong. 

SONGKOK
 
Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi orang Melayu. Songkok juga dipakai sebagai pelengkap kepada baju Melayu yang dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Songkok ini popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand. 
Bagi kalangan orang Melayu, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika menghadiri uparaca-upacara rasmi seperti upacara perkahwinan, solat jumaat, upacara keagaamaan dan sewaktu menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban.


KEBAYA

Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. Bahagian yang berbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan rantai halus. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN GAMELAN

PERSEMBAHAN MUZIK BAMBOO SABAH

TAHUN 5: AKTIVITI 2A-SET INDUKSI(URUS MASA,KERJA SEMPURNA)

TAHUN 4: AKTIVITI 1 E-Saya Yakin Boleh

MUHIBBAH

MALAYSIAKU.. INDAH, PERMAI DAN MENAKJUBKAN...

TEMA 2-HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT :MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

TAHUN BARU CINA

CAHAYA DEEPAVALI

ADAB BERHARI RAYA KAUM MELAYU

BERHEMAH TINGGI AMALAN MULIA

TEMA 3:HIDUP BERSAMA DISEKOLAH DAN MASYARAKAT -BUDI BAHASA AMALAN KITA

TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA-SURAT DARI SEORANG IBU

PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK- TIBOW