KITA BOLEH MALAYSIA BOLEH

SAYA ANAK MALAYSIA

Rabu, 14 Julai 2010

TEMA 4: NOTA TAHUN 4-PAKAIAN TRADISIONAL KEBANGGAAN KITA

PAKAIAN TRADISIONAL IBAN 
PAKAIAN WANITA
Bidang
Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri dari pada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang berwarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu atau sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang berwarna merah.

Bedong
Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedung hampir sama dengan sirat. Bedong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.


Marek Empang
Marek empang atau hiasan dada yang diperbuat dari manik dan berbola kain bertujuan untuk menutup bahagian atas baju kecil atau kemban . Hiasan diri wanita iban, sarat dengan barangan perak seperti tali pinggang  berbentuk duit syiling, rawai dan sugu tinggi (perhiasan di kepala).

PAKAIAN LELAKI
BAJU BURUNG
Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung atau Gagung (sejenis baju yang tebal dan keras diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya)dan sirat serta tali pinggang lampit dan manik-manik. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang.

Kain Sirat
Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian yang berhias.

Dandong
Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.


KELAMBI
Busana Serawak2
Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja. Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang labuh hingga ke lutut. Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang indah. Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah dan ada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometrik. Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan karangan manik.


PAKAIAN TRADISIONAL KAUM SIKH
TURBAN ATAU DASTAR
Masyarakat penganut Sikh atau Punjabi di seluruh dunia turut memakai serban tetapi dalam bentuk lebih tebal , lonjong dan seragam bentuknya. Di sesetengah tempat , serban yang dipakai oleh penganut Sikh / Punjabi dipanggil turban atau dastar.
Kain serban yang dipakai sepanjang 5 meter. Serban di kalangan penganut Sikh amat berkait dengan kepercayaan dan wajib dipakai .
Penganut Sikh dilarang memotong rambut dan  memakai serban agama agar rambut yang panjang mudah diurus. Tetapi orang perempuan tidak perlu memakai serban.


KURTA                   SALWAR KAMEEZ

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA
IMG_4923
DHOTI                                                    SARI

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA
               CHEONGSAM                                         SAMFU

27 ulasan:

  1. Ahmad Firdaus bin Zazalee6 Oktober 2010 pada 9:30 PTG

    terima kasih kepada sesiapa yng mmbuat blog ini...kerana dia sayer dpt mmbuat folio sivik sayer hampir siap...folio sayer bertajuk PAKAIAN TRADISIONAL RAKYAT MALAYSIA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulislah betul², macam orang terpelajar. Apa benda 'sayer' tu?

      Padam
  2. terima kasih kerana memberi banyak pertolongan kpd saye.Keje skolah sayew dawh SIAP.Thank You.:)
    Mcree

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sakitlah mata tengok ejaan salah ni! Kalau nak eja ikut sebutan, tulislah semuanya ikut ejaan. Jangan dicampur-adukkan. Tulis begini: "Terime kaseh kerane memberi banyak pertolongan kepade saye. Keje sekolah saye dah siap... "

      Padam
  3. Terima kasih kepada sesiapa yang buat blog ni.Memang sangat membantu saya dalam kerja sivik saya.Blog ni memang tepat dengan tajuk folio saya."PAKAIAN TRADISIONAL KAUM DI MALAYSIA".Terima kasih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Tolong masukkan ruang kosong selepas noktah. Kalau kamu buat begitu tulisan kamu boleh dapat markah penuh.

      Padam
  4. salam terima kasih banyak buat penulis.harap halal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huruf besar pada huruf pertama dalam perkataan pertama dalam ayat. Ruang kosong selepas noktah.

      Padam
  5. terima kasih banyak2 kepada penulis.harap dipanjangkan umur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huruf besar pada huruf pertama di permulaan ayat. Ruang kosong selepas noktah.

      Padam
  6. pakaian kat sini semua cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huruf besar di permulaan ayat. Taruh noktah di hujung ayat.

      Padam
  7. kenapa tak ada baju makua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huruf besar di permulaan ayat. Tanda soal (?) di hujung ayat soal.

      Padam
  8. Terima kasih bgi maklumat .Harap Halal :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ruang kosong selepas noktah. Perkataan 'halal' bukan nama khas, kan?

      Padam
  9. Terima kasih sbb bgi maklumat nie...Bgi sye blog ini memang banyak makne..Time kasih..Akhirnyer siap Jugak kerje sivik sye...Assalamualikum....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini blog pendidikan jadi tulislah secara berhemah. Ejaan dan tata bahasa yang betul adalah amat penting walaupun kemajuan teknologi sudah jauh ke hadapan. Teknologi bukanlah lesen untuk merosakkan bahasa!

      Padam
  10. TERIMA KASIH..KERANA MEMBERI MAKLUMAT INI..JADI ADIK SAYA DPT BUAT FOLIO SIVIK DAN KEWARNEGARAAN DIA DGN SENANG..WALAUPUN NAMPAK RINGKAS TAPI ISINYA PADAT DAN ADIK SAYA FAHAMM....SKALI LAGI.THANKXXXX!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah kerana anda menulis dengan baik. Cuma, jangan lupa untuk memasukkan ruang kosong selepas noktah... Baharulah tulisan anda kelihatan macam tulisan pakar bahasa; sedap dipandang, sedap dibaca.

      Padam
  11. We offers first and exclusive access to the world's most fascinating homes. from royal estates to artist's lofts and everything between - we dedicated to bringing its reWe offers first and exclusive access to the world's most fascinating homes. from royal estates to artist's lofts and everything between - we dedicated to bringing its readers the best in style and design.
    Architecture and Designaders the best in style and design.
    Architecture and Design

    BalasPadam




  12. Designer Kurtis is perhaps the desire of every single girl in this world to look amazing on her day.
    It is certainly important that the bride must be the star of the show.The most beautiful woman at the venue.
    In India Kurtis is are the most obvious choice for the brides.There are many designer Kurtis in our site...
    For more...
    Plz visit:- Kurtis

    BalasPadam

  13. Designer Anarkali Suit is perhaps the desire of every single girl in this world to look amazing on her wedding day.
    It is certainly important that the bride must be the star of the show.The most beautiful woman at the wedding venue.
    In India,Anarkali Suit are the most obvious choice for the brides.There are many Anarkali Suit in our site...
    For more...
    Plz visit:- Anarkali Suit

    BalasPadam
  14. Designer Kurtis is perhaps the desire of every single girl in this world to look amazing on her day.
    It is certainly important that the bride must be the star of the show.
    The most beautiful woman at the venue.
    In India Kurtis is are the most obvious choice for the brides.There are many designer Kurtis in our site...
    We have New Massive Collection For Here....
    Pakistani Dress
    Designer Sarees
    Wedding Lehenga
    Salwar Kameez
    Salwar Suit
    Anarkali Suit
    Anarkali Dress
    Kurtis
    Wedding Dress
    Punjabi Suits

    BalasPadam
  15. Salwar suits are the timeless addiction for Indian women and girls.
    At any auspicious occasion, festival times, wedding ceremonies or related functions,
    you simply can't miss at least one out of every three women wearing them.
    for more...
    Ladies Suit
    Indian Saree
    Designer Dress
    Bridal Dress
    Kurti
    Designer Kurti
    Wedding Dresss
    Punjabi Suit

    BalasPadam
  16. A wardrobe with the best ethnic collection is important to every Indian woman. She would definitely love to own everything that is new and trendy. We Have Some For You In Your Budget For more… Plz visit:- Gown

    BalasPadam

PERSEMBAHAN GAMELAN

PERSEMBAHAN MUZIK BAMBOO SABAH

TAHUN 5: AKTIVITI 2A-SET INDUKSI(URUS MASA,KERJA SEMPURNA)

TAHUN 4: AKTIVITI 1 E-Saya Yakin Boleh

MUHIBBAH

MALAYSIAKU.. INDAH, PERMAI DAN MENAKJUBKAN...

TEMA 2-HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT :MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

TAHUN BARU CINA

CAHAYA DEEPAVALI

ADAB BERHARI RAYA KAUM MELAYU

BERHEMAH TINGGI AMALAN MULIA

TEMA 3:HIDUP BERSAMA DISEKOLAH DAN MASYARAKAT -BUDI BAHASA AMALAN KITA

TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA-SURAT DARI SEORANG IBU

PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK- TIBOW