KITA BOLEH MALAYSIA BOLEH

SAYA ANAK MALAYSIA

Jumaat, 14 Januari 2011

PESTA PONGAL (15 JANUARI 2011) -PERAYAAN PENGANUT AGAMA HINDU

Perkataan 'pongal' adalah bermaksud 'masa menuai' dan ia menandakan masa untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu.

Di pagi hari pada pesta Pongal biasanya kaum wanita akan mengemas rumah dan menghiasi rumah dengan 'kolams'. Kolams ialah hiasan lantai yang diperbuat dari beras yang diwarnakan.Biasanya kolams ini dibuat di depan pintu rumah, sebagai tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan.
.
Pintu rumahnya diikat dengan tebu dan daun mangga bagi menceriakan suasana.

Empat buah dapur kecil turut diletakkan atas kolam. Pada masa yang sama beberapa buah periuk tembaga dan perak yang dihiasi daun mangga, daun kunyit dan pewarna kum kum juga ditempatkan di situ sebelum upacara bermula.


Perayaan Ponggal yang jatuh pada pertengahan Januari ini, bagi meraikan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara oleh penganut agama Hindu. Perayaan yang disambut selama empat hari berturut-turut itu merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam.

Pada hari pertama, perayaan itu dipanggil Bhogi bagi menandakan permulaan penting dalam kehidupan masyarakat India. Pada hari itu, seluruh rumah dibersihkan dan barang-barang lusuh dibuang dan dibakar bagi menyingkirkan anasir-anasir buruk.

Pada hari kedua, beras yang dituai akan digunakan untuk memasak Ponggal sehingga ia melimpah keluar dari periuk. Perbuatan membiarkan masakan itu melimpah dikenali sebagai Ponggal dalam bahasa Tamil. Surya Ponggal juga memberi penghormatan kepada tenaga matahari dan bermulanya hari pertama bulan Thai dalam kalendar Tamil.

Tujuh jenis sayuran dan rempah ratus seperti lada kering, jintan manis, buah pelaga, jintan putih dan biji sawi itu wajib sebagai bahan untuk hidangan istimewa pada hari perayaan ini, selain belanga, susu, beras, tebu, daun pisang dan kelapa

Hari ketiga adalah hari yang dikhaskan untuk haiwan lembu. Ia dipanggil hari 'Mattu’. Masyarakat Hindu percaya bahawa lembu ialah binatang suci yang banyak berjasa kepada  manusia.
Hari terakhir Pongal pula adalah hari dimana kawan-kawan yang berjauhan datang untuk melawat. Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama terpisah

Perayaan Pongal juga dianggap sebagai hari kesyukuran kepada Tuhan kerana memberi rezeki untuk memperoleh makanan dan air yang cukup, tempat tinggal yang sempurna dan keluarga yang bahagia dan juga membantu mengeratkan hubungan silaturahim di antara ahli keluarga.

Penyediaan juadah berasaskan sayur-sayuran kampung pula mendidik generasi muda mengenali masakan asli nenek moyang mereka. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN GAMELAN

PERSEMBAHAN MUZIK BAMBOO SABAH

TAHUN 5: AKTIVITI 2A-SET INDUKSI(URUS MASA,KERJA SEMPURNA)

TAHUN 4: AKTIVITI 1 E-Saya Yakin Boleh

MUHIBBAH

MALAYSIAKU.. INDAH, PERMAI DAN MENAKJUBKAN...

TEMA 2-HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT :MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

TAHUN BARU CINA

CAHAYA DEEPAVALI

ADAB BERHARI RAYA KAUM MELAYU

BERHEMAH TINGGI AMALAN MULIA

TEMA 3:HIDUP BERSAMA DISEKOLAH DAN MASYARAKAT -BUDI BAHASA AMALAN KITA

TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA-SURAT DARI SEORANG IBU

PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK- TIBOW