KITA BOLEH MALAYSIA BOLEH

SAYA ANAK MALAYSIA

Selasa, 21 September 2010

PESTA TANGLUNG DAN KUIH BULAN

Acara Pesta Kuih Bulan dan Tanglung ini juga dikenali sebagai Mid-Autumn Festival. Orang-orang Tiong-hua merayakannya pada hari ke-15 dalam bulan yang ke-8 dalam Kalendar Lunar di mana bulan ketika itu sedang mengambang.

Menurut ceritanya, pada kurun ke-14 bahawa Zhu Yuan Zhang dari masyarakat Han bercadang untuk menjatuhkan kerajaan Yuan (Yuan Dynasty) yang diperintah oleh orang-orang Mongolia. Para pemberontak Han ini mengadakan strategi dengan menyampaikan maklumat untuk memerangi orang-orang Mongolia ini melalui kuih bulan (mooncake) yang diedarkan di kalangan masyarakat Han. Rancangan ini terbukti berjaya dan dengan itu diisytiharkan menjadi satu hari yang dirayakan oleh seluruh masyarakat Han setiap tahun.

Di Malaysia, kuih bulan dibeli untuk menjadi makanan harian dan juga sebagai persembahan kepada datuk nenek mereka yang telah pergi lebih awal. Kuih ini juga dijadikan hadiah kepada saudara-mara yang lebih tua. Menurut kepercayaan orang-orang Tionghua yang telah wujud beribu-ribu tahun lampau ialah amalan meletakkan kuih bulan di altar (tempat orang Tionghua menunjukkan tanda ingat dan hormat kepada datuk nenek mereka) pada malam kelima belas perayaan pesta bulan adalah sebagai mewujud-kan keharmonian di antara manusia dan bulan.
Pesta Tanglung pula mengikut kepercayaan masyarakat Tionghua beberapa ribu tahun lampau ialah sebagai tanda arah kepada tetamu dan roh-roh datuk nenek moyang mereka yang telah pergi lebih awal, menunjuk mereka arah ke pesta yang diadakan. Selepas tamat jamuan lima belas hari itu, roh-roh itu akan ditunjuk arah pulang ke dunia mereka melalui lampu-lampu tanglung yang digantung.

Memang diakui bahawa kepercayaan masyarakat Tionghua berhubung perayaan Kuih Bulan dan Tanglung sudah menjadi sebahagian dari bahan sejarah dan kepercayaan dongeng yang tidak terdapat di kalangan masyarakat Tionghua hari ini. Perayaan Kuih Bulan dan Tanglung yang dirayakan oleh masyarakat Tionghua hari ini adalah suatu pesta budaya yang lebih bercorak komersial. Unsur-unsur kepercayaan dongeng seperti mana yang tercatat dalam bahan sejarah itu sudah tidak wujud lagi.

Biarpun begitu, sambutan perayaan Kuih Bulan dan Pesta Tanglung mempunyai susur jalur yang berdasar-kan kepercayaan agama dan amalan keagamaan Budha. Perayaan ini mempunyai implikasi keagamaan dan hanya berubah wajah menjadi pesta budaya dengan peredaran masa dan zaman seperti di Malaysia hari ini.

Maka yang demikian, dalam usaha kerajaan menghidupkan sejarah dan budaya Tionghua di kalangan murid-murid sekolah yang berbangsa Tionghua, kita sudah tentu boleh mempelajari dan mengenali budaya tersebut dengan tujuan menghargai dan menghormati perbezaan budaya yang wujud di Malaysia ini. 


Sila klik disini untuk mendapatkan cerita yang lebih lanjut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN GAMELAN

PERSEMBAHAN MUZIK BAMBOO SABAH

TAHUN 5: AKTIVITI 2A-SET INDUKSI(URUS MASA,KERJA SEMPURNA)

TAHUN 4: AKTIVITI 1 E-Saya Yakin Boleh

MUHIBBAH

MALAYSIAKU.. INDAH, PERMAI DAN MENAKJUBKAN...

TEMA 2-HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT :MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

TAHUN BARU CINA

CAHAYA DEEPAVALI

ADAB BERHARI RAYA KAUM MELAYU

BERHEMAH TINGGI AMALAN MULIA

TEMA 3:HIDUP BERSAMA DISEKOLAH DAN MASYARAKAT -BUDI BAHASA AMALAN KITA

TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA-SURAT DARI SEORANG IBU

PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK- TIBOW