KITA BOLEH MALAYSIA BOLEH

SAYA ANAK MALAYSIA

Selasa, 14 September 2010

SAMBUTAN HARI MALAYSIA-16 September 2010

Beberapa minggu yang lalu, negara kita telah menyambut hari kemerdekaan yang ke-53 tahun. Laungan keramat  'Merdeka! Merdeka! Merdeka!', oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abd Rahman itu menjadi pembakar semangat kecintaan kepada tanah tumpah darah kita. Bersyukur dan rasa bertuah kerana kita generasi anak merdeka yang dilahirkan di sebuah negara yang hari ini kita kenali sebagai MALAYSIA. 
Namun begitu, satu lagi hari yang amat bermakna bagi rakyat Malaysia masih kurang ketahui secara meluas, apabila ditanya kepada pelajar mahupun kalangan dewasa pun masih ragu-ragu untuk membezakan antara sambutan Hari Kemerdekaan dengan sambutan Hari Malaysia.
Atas rasa keperihatinan tentang pengertian disebalik tarikh keramat 16 September ini, maka Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak,  telah  mengumumkan Hari Malaysia,16 September akan disambut oleh seluruh negara setiap tahun mulai 2010, serta menjadi cuti umum bagi rakyat Malaysia. 
Hari Malaysia akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia.
SEJARAH HARI MALAYSIA
Hari Malaysia pula merujuk kepada pembentukan sebuah negara yang dikenali 'Malaysia', ilham nama oleh Dato' Onn yang merujuk kepada kemerdekaan Singapura, Sabah dan Sarawak daripada British dalam gabungan dan gagasan Malaysia yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu yang lebih awal merdeka, pada tarikh 16 September 1963.
Meskipun begitu, pada Ogos 1965, Singapura telah menarik diri daripada gagasan Malaysia, lalu mengekalkan gabungan Tanah Melayu (Semenanjung), Sabah dan Sarawak sebagaimana yang kita dapat lihat pada hari ini.
Sesungguhnya, kedua tarikh penting tersebut wajar diingati dan semangatnya perlu dihayati oleh setiap lapisan masyarakat, khususnya generasi muda bagi mengukuhkan iltizam menjadi bangsa yang merdeka dalam erti kata yang lebih luas, di samping memantapkan jati diri rakyat dan integrasi nasional ke arah mencapai matlamat bersama.
Pada tahun ini, sambutan Hari Malaysia akan diadakan di Negeri Sabah dengan pelbagai acara yang menarik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN GAMELAN

PERSEMBAHAN MUZIK BAMBOO SABAH

TAHUN 5: AKTIVITI 2A-SET INDUKSI(URUS MASA,KERJA SEMPURNA)

TAHUN 4: AKTIVITI 1 E-Saya Yakin Boleh

MUHIBBAH

MALAYSIAKU.. INDAH, PERMAI DAN MENAKJUBKAN...

TEMA 2-HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT :MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

TAHUN BARU CINA

CAHAYA DEEPAVALI

ADAB BERHARI RAYA KAUM MELAYU

BERHEMAH TINGGI AMALAN MULIA

TEMA 3:HIDUP BERSAMA DISEKOLAH DAN MASYARAKAT -BUDI BAHASA AMALAN KITA

TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA-SURAT DARI SEORANG IBU

PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK- TIBOW