Sasaran : Pegawai PPD, Pengetua dan Guru Besar Negeri Johor
TAHNIAH KEPADA WARGA SK SAWAH DATO' KERANA TELAH MENERIMA DUA ANUGERAH IAITU:
a) IPQ Penarafan Kendiri Sekolah-SKPMSR.-PUAN NOORIN BINTI ABDUL KARIM DAN JAWATANKUASA
b) Anugerah Pengurusan dan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang SR Negeri Johor-PUAN HALIZA BINTI JELANI (GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKSD)
SEMOGA KEJAYAAN INI AKAN JADI PEMANGKIN UNTUK TERUS CEMERLANG
Tuan Haji Ibrahim B. Md Tahir Penolong Pengarah Kajian Kemasyarakatan (M) JPN Johor menyampai cenderahati kepada Puan Hjh Norashikin dan Cik Ida Hairani atas kesudian memilih Negeri Johor untuk membantu BPK membuat semakan modul contoh kali ini.
Puan Hjh Norashikin Bt Hashim, Ketua Unit Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sektor Sains Sosial, KPM sedang memberi penerangan kepada wakil pensyarah IPG dan pengetua berkenaan subjek PSK.
Sepatah dua kata dari Puan Hjh Norashikin kepada para peserta mesyuarat.
Cik Ida Hairani Bt Abu Bakar membimbing jurulatih utama menyemak tugasan.
Tuan Haji Ibrahim sempat bergurau dengan rakan-rakan jurulatih.
Sambutan hari bapa adalah hari untuk menghormati ketua keluarga iaitu Ayah, Abah, Bapak,Baba, Walid dan apa jua panggilan. Di Malaysia sambutan Hari Bapa atau “Father Day” di sambut bersama dengan Negara terbesar seperti Amerika ,United Kingdom,Australia,Kanada , Jepun, Italy dan lebih dari 75 negara lain.
Hari Bapa ini disambut hampir di seluruh dunia mulai pada awal abad ke-12. Biasanya Hari Bapa dirayakan dengan pemberian hadiah kepada bapa dan melakukan aktiviti berbentuk kekeluargaan. Hari Bapa diraikan untuk melengkapi Hari Ibu, iaitu hari untuk menghormati ibu.
19 November 2010 - Pada tarikh ini dibeberapa negara Eropah dan Timur Tengah menyambut Hari Bapa atau dikenali sebagai Hari Lelaki Sedunia (Interational Men's Day)- Negara jiran kita Indonesia meraikan Hari Bapa yg dikenali sebagai Hari Ayah
20 June 2010- Hari Ahad minggu ketiga dalam bulan Jun setiap tahun negara-negara berikut: Malaysia, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Argentina, Bahamas,Bangladesh, Belanda, Bulgaria, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Cyprus,Filipina, Greece, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Jepun, Kanada,Malta, Mauritius, Mexico, Pakistan, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Puerto Rico, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki,United Kingdom, Venezuela, Zimbabwe menyambut Hari Bapa ini.
5 Disember 2010 - merupakan tarikh tetap bagi negara Thailand.
5 September 2010 – Ahad minggu pertama dalam bulan September merupakan Hari Bapa bagi negara Australia dan New Zealand
18 Julai 2010- Ahad ketiga bulan Julai bagi negara Uruguay
19 Mac 2010 – tarikh yang tetap bagi negara Bolivia, Honduras, Itali, Liechtenstein, Portugal, Sepanyol
Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, Malaysia menyambut hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong pada setiap hari Sabtu minggu pertama bulan Jun.
Hari ini disambut dengan acara penganugerahan darjah kebesaran kepada warganegara Malaysia yang telah banyak berjasa kepada negara. Kemuncak sambutan termasuk ‘Perarakan Panji-Panji’ oleh anggota tentera, serta pelbagai bentuk pameran dan pertunjukan.
Yang DiPertuan Agong Malaysia Yang Ke-13
Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Gelaran Yang di-Pertuan Agong merupakan gelaran rasmi ketua negaraMalaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat)Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri.
Sebagai salah seorang daripada rakyat di Negara Malaysia tercinta ini, saya ingin menjunjung kasih mengucapan Syabas dan Tahniah kepada Kebawah Duli Tuanku di atas sambutan Hari Keputeraan rasmi Kebawah Duli Tuanku pada 5 Jun 2010 ini sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang ke-13.
Semoga Tuhan mengurniakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan hidup kepada Tuanku sebagai payung kepada seluruh rakyat di negara ini.
Allah Lanjutkan Usia Tuanku
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
PEMILIHAN YANG DI-PERTUAN AGONG Pemilihan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan kepada sistem giliran yang telah ditetapkan.
Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja melalui undi rahsia bagi menentukan pengganti bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong seterusnya.
Syarat yang akan diambil kira ialah:
Kekananan di kalangan Sultan dan Raja;
Baginda berkenan untuk menjadi Agong;
Tidak mengalami kelemahan atau ketidak upayaan mental;
Merupakan Raja yang berada di kedudukan teratas;
Mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain;
Dan bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.
Faktor lain ialah usia dan tempoh masa pemerintahan dan kalau kita lihat daripada aspek status atau peranan yang dimainkan oleh Yang Dipertua usia dan tempoh masa pemerintahan seseorang Raja di sesebuah negeri amat penting kerana apabila baginda telah menjalankan pemerintahan dalam tempoh yang lama ini dapat menggambarkan kematangannya terhadap cara pemerintahan.
Raja-raja berikut pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong sebelum ini: