KITA BOLEH MALAYSIA BOLEH

SAYA ANAK MALAYSIA

Selasa, 7 Disember 2010

KEPELBAGAIAN BUDAYA BUKAN PENGHALANG NIKMAT HIDUP


1MALAYSIA 1UMMAH

07/12/2010 12:50pm


PUTRAJAYA 7 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kepelbagaian budaya, keturunan, agama dan adat resam tidak menjadi penghalang bagi setiap rakyat untuk merasai nikmat kehidupan dalam sebuah negara tanpa rasa wujud perbezaan besar yang boleh mencetuskan konflik.

Perdana Menteri berkata, malah, mereka menjadi sumber kekuatan yang menjadi kebanggaan negara yang seterusnya mencorakkan masyarakat agar hidup dalam muafakat dan harmoni.

Katanya, ini adalah maksud yang dibawa oleh tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini iaitu 1Malaysia 1Ummah.

"Kekuatan inilah yang akan memacu ke arah pembentukan 1Ummah yang bergerak seiring, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di samping hidup saling bantu membantu antara satu sama lain.

"Semoga umat Islam akan menjadikan peristiwa hijrah ini sebagai panduan untuk meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah, " katanya dalam perutusan pada buku cenderamata majlis perhimpunan sambutan Ma'al Hijrah peringkat Kebangsaan 1432H/2010M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini. 

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN GAMELAN

PERSEMBAHAN MUZIK BAMBOO SABAH

TAHUN 5: AKTIVITI 2A-SET INDUKSI(URUS MASA,KERJA SEMPURNA)

TAHUN 4: AKTIVITI 1 E-Saya Yakin Boleh

MUHIBBAH

MALAYSIAKU.. INDAH, PERMAI DAN MENAKJUBKAN...

TEMA 2-HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT :MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

TAHUN BARU CINA

CAHAYA DEEPAVALI

ADAB BERHARI RAYA KAUM MELAYU

BERHEMAH TINGGI AMALAN MULIA

TEMA 3:HIDUP BERSAMA DISEKOLAH DAN MASYARAKAT -BUDI BAHASA AMALAN KITA

TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA-SURAT DARI SEORANG IBU

PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK- TIBOW