Pelbagai program telah diatur oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Sawah Dato' Mersing di bawah penyelarasan Puan Haliza Binti Jelani selaku guru bimbingan bagi menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah walaupun UPSR telah berakhir, antara aktiviti yang telah dijalankan :
IKHTIAR HIDUP
(Masakan dalam hutan-roti dan telur bakar)
Pengelola: Unit Beruniform Pergerakan Puteri Islam
Diharapkan melalui aktiviti para pelajar akan mempunyai ketahanan diri dan celik akal dalam menghadapi pelbagai situasi yang tak diduga.
Guru-Guru Pemimpin Pergerakan Puteri Islam sedang menyediakan adunan roti.
Melilit adunan pada buluh atau kayu.
Roti dibakar di atas bara api
Inilah hasilnya- Roti Bakar
Roti yang telah masak.
Membakar telur di dalam bara api
MEMBINA JALUR GEMILANG DAN BENDERA NEGERI JOHOR
(Projek Kewarganegaraan Pelajar Tahun 6)
Pengelola: Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan)i\
Diharapkan melalui aktiviti ini akan menyemaikan semangat cintakan negara dan menghargai nikmat menjadi Anak Bangsa Malaysia
SEHARI BERSAMA BOMBA
(Mengenali tugas ahli bomba dan penyelamat)
Pengelola: Unit Bimbingan dan Kaunseling
Diharapkan melalui aktiviti para pelajar menghargai jasa ahli bomba dalam menangani kebakaran dan keselamatan rakyat Malaysia.
Pengelola: Unit Bimbingan dan Kaunseling
Diharapkan melalui aktiviti para pelajar menghargai jasa ahli bomba dalam menangani kebakaran dan keselamatan rakyat Malaysia.
BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH
(Program di bawah tajuk : Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat)
Pengelola: Unit Dakwah
Pengelola: Unit Dakwah
Diharapkan dengan pengetahuan dalam menguruskan jenazah, pelajar-pelajar SKSD boleh menjadi salah seorang warga masyarakat yang berguna dan dapat memenuhi tuntutan fardu kifayah.
Penyediaan peralatan dan kain kafan
Cara-cara memandikan jenazah.
Cara-cara mengkafankan jenazah.
Penghormatan terakhir dari ahli keluarga sebelum jenazah dibungkus/kafan
Jenazah yang siap di kafan.
Menyembahyangkan jenazah sebelum dikebumikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan