KITA BOLEH MALAYSIA BOLEH

SAYA ANAK MALAYSIA

Jumaat, 13 April 2012

TEMA 4 :KENALI PERAYAAN PENGANUT AGAMA SIKH-HARI VAISAKHI

"Selamat menyambut Hari Vaisakhi dengan penuh kegembiraan dan 
kemakmuran kepada masyarakat Sikh di Malaysia
Vaisakhi (bahasa Panjabiਵਸਾਖੀvaisākhī, juga dikenali sebagai Baisakhi) ialah salah satupesta menuai kuno di Punjab, yang juga menandakan bermulanya tahun suria baru dan musim menuai baru. Vaisakhi juga membawa kepentingan keagamaan bagi penganut agama Sikh[1]. Vaisakhi jatuh pada hari pertama bulan Vaisakh dalam kalendar Nanakshahi suria, bersamaan dengan 14 April dalam kalendar Gregory.
Vaisakhi merupakan salah satu perayaan yang utama dalam kalendar Sikh, memperingati penubuhan Khalsa pada tahun 1699;inilah Tahun Baru Sikh,sebenarnya. Vaisakhi juga disambut sebagai bermulanya tahun baru oleh bangsa India di Bengal BaratKerala, dan sesetengah rantau lain di India. Kepentingan tertentu yang dihubungkan dengan perayaan ini menonjolkan kepelbagaian antara rantau di luar Punjab. Di Himachal Pradesh, Dewi Hindu Jwalamukhi dipuja pada hari Vaisakhi, sementara di Bihar, dewa matahari Surya diberi penghormatan.[2] Perayaan ini disambut sebagai Rongali Bihu di AssamNaba Barsha di BengalPuthandu di Tamil Nadu,Vishu (atau Vaishakhi) di Kerala, dan Tahun Baru Sinhala/Tamil di Sri Lanka. Selain Punjab, Vaisakhi juga disambut sebagai pesta menuai di beberapa negeri lain di utara India, termasukHaryanaHimachal Pradesh dan Uttaranchal.
Bagi menyambut perayaan, para penganut berkumpul di gurdwara atau tempat ibadah Sikh. Sambutan bermula awal apabila penganut, yang membawa bunga dan persembahan pergi ke gurdwara sebelum subuh. Perarakan sekitar bandar juga satu kebiasaan Vaisakhi merupakan hari kelahiran Khalsa (Orang-orang Suci) dan para penganut Sikh diberi identiti yang jelas tatalaku untuk diikuti.


Pada hari ini masyarakat Sikh di seluruh dunia menyambut perayaan keagamaan Vaisakhi (atau Bhaisakhi) dengan mengadakan upacara sembahyang, nyanyian dan tarian.










Rujukan : Wikepedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN GAMELAN

PERSEMBAHAN MUZIK BAMBOO SABAH

TAHUN 5: AKTIVITI 2A-SET INDUKSI(URUS MASA,KERJA SEMPURNA)

TAHUN 4: AKTIVITI 1 E-Saya Yakin Boleh

MUHIBBAH

MALAYSIAKU.. INDAH, PERMAI DAN MENAKJUBKAN...

TEMA 2-HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT :MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

TAHUN BARU CINA

CAHAYA DEEPAVALI

ADAB BERHARI RAYA KAUM MELAYU

BERHEMAH TINGGI AMALAN MULIA

TEMA 3:HIDUP BERSAMA DISEKOLAH DAN MASYARAKAT -BUDI BAHASA AMALAN KITA

TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA-SURAT DARI SEORANG IBU

PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK- TIBOW