KITA BOLEH MALAYSIA BOLEH

SAYA ANAK MALAYSIA

Khamis, 21 April 2011

TEMA 6: SEDIA HADAPI CABARAN

Berita Harian Online | Laporan Khas: Memastikan program Hari Bumi cetus keinsafan manusia
Oleh Jamhariah Jaafar

jamhariah@bharian.com.my
2011/04/21

Proses pembangunan melampau dalam pelbagai bentuk ganggu kitaran semula jadi ekosistem

BENCANA alam silih berganti, perubahan cuaca dan pencemaran alam yang semakin serius adalah faktor yang membuat setiap manusia perlu duduk memikirkan semula sumbangan setiap seorang bagi memastikan bumi ini tidak terus dimusnahkan oleh pembangunan dan sikap acuh tidak acuh kita sendiri.



Dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini, manusia dikejutkan dengan pelbagai bencana alam. Bermula dengan tsunami yang meranapkan Aceh, pesisir pantai Thailand dan Sri Lanka pada 2004 kepada kejadian terbaru yang memusnahkan beberapa bandar Jepun, perlu dijadikan iktibar.

Justeru, sambutan Hari Bumi 2011 yang dirai setiap 22 April, tidak wajar dibiarkan berlalu tanpa sebarang usaha untuk mencetus kesedaran untuk kita memulihara bumi ini dengan lebih serius.

Tidak ramai menyedari wujudnya Hari Bumi, namun bagi kebanyakan kumpulan dan persatuan pencinta alam, Hari Bumi diraikan dengan pelbagai usaha mencetus keinsafan supaya manusia tidak terus bersikap tamak untuk memusnahkan bumi yang semakin rapuh ini.

Selepas tsunami terbaru yang berlaku di Jepun, yang bukan saja memusnahkan beberapa bandar besar, bencana terburuk dunia itu ditambah dengan gempa bumi, turut mencetus ancaman nuklear apabila beberapa loji tenaga itu turut bocor dan mengalami kerosakan serius.

Semakin ramai manusia mula berasa dan insaf terhadap bahang kerosakan yang dilakukan sendiri di muka bumi ini. Daripada proses pembangunan yang memperlihatkan sikap tamak dan gelojoh kita, memusnahkan alam semula jadi untuk diganti dengan hutan batu, membuatkan bumi ini mengalami hakisan yang semakin buruk setiap hari.
Hutan belantara semakin pupus, bukit ditarah dan ditebuk, sungai dan kawasan perairan bersih semakin diabaikan, lautan diancam pencemaran yang semakin buruk, ruang udara semakin tipis dan cuaca dunia diancam fenomena pemanasan global.

Ramai semakin insaf dan sedar. Semakin banyak kempen dilaksanakan bagi mencetus kesedaran. Keinsafan wujud di hati setiap manusia, namun ramai yang masih tidak tahu bagaimana untuk membantu dan menyumbang bagi meringankan beban yang ditanggung bumi ini.

Selasa, 19 April 2011

PERTANDINGAN KAD KREATIF SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU 2011

Sempena Sambutan Hari Ibu pada 9 Mei 2011, Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan SK Mersing Kanan akan menganjurkan Pertandingan Mereka Cipta Kad Kreatif Hari Ibu .


Syarad-Syarad Pertandingan:


1. Dibuka kepada semua pelajar dari Pra sekolah hinggalah ke Tahun 6.
2. Untuk menggalakkan interaksi dan kerjasama antara ahli keluarga, pelajar-pelajar dibenarkan dan digalakkan menghasilkan kad-kad bersama ahli keluarga.
3. Kad yang dihasilkan mestilah ditandangani oleh ibu atau penjaga sebelum diserah kepada jawatan kuasa pertandingan.
4. Pelajar bebas menggunakan apa sahaja medium sebagai kad ucapan dan menggunakan apa jua bentuk kreativiti.
5. Pelajar-pelajar juga dikehendaki menghasilkan sama ada sajak, pantun, kata-kata puitis untuk mengenang jasa ibu di dalam kad yang dihasilkan.
6. Kad yang telah siap bolehlah di hantar kepada Puan Haliza Binti Jelani, selaku penyelaras Program Hari Ibu di Bilik Bimbingan dan Kaunseling SK Mersing Kanan.
7. Setiap pelajar hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
8. Kad mestilah dihantar sebelum atau pada tarikh 10 Mei 2011, sebarang kad yang dihantar lewat tidak akan diterima.
9. Pelajar-pelajar juga hendaklah menulis nama dan kelas di belakang kad tersebut.



Hadiah Pemenang.
Tiga hadiah iaitu Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga akan disediakan bagi setiap Tahun

Isnin, 11 April 2011

KEMPEN HARI PEMAKANAN SIHAT


TEMA 1 : SAYANGI DIRI
TAJUK : 2A- MAKANAN SEIMBANG
OBJEKTIF PROGRAM:
> Meningkatkan kesedaran dalam diri pelajar tentang kepentingan makanan seimbang.
> Membantu membentuk pertumbuhan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
> Membantu pelajar memilih pemakanan yang seimbang dalam diet harian.
> Membentuk pelajar yang cergas dan cerdas

Sempena Hari Pemakanan Sihat yang berlangsung dalam bulan April, Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Mersing Kanan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan serta JK Kesihatan SKMK telah menganjurkan Hari Pemakanan Sihat.

Tarikh:
 9 April 2011

Masa : 
8.00-10.00 pagi

Aktiviti : 
Ceramah Pemakanan Sihat 
Pertandingan Kolaj Piramid Makanan

Penceramah : 
Encik Mohd Razif Bin Mohd Jemain
Pegawai Zat Makanan, HDMG























Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru SKMK yang telah membantu menjayakan program tersebut.

PERSEMBAHAN GAMELAN

PERSEMBAHAN MUZIK BAMBOO SABAH

TAHUN 5: AKTIVITI 2A-SET INDUKSI(URUS MASA,KERJA SEMPURNA)

TAHUN 4: AKTIVITI 1 E-Saya Yakin Boleh

MUHIBBAH

MALAYSIAKU.. INDAH, PERMAI DAN MENAKJUBKAN...

TEMA 2-HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT :MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

TAHUN BARU CINA

CAHAYA DEEPAVALI

ADAB BERHARI RAYA KAUM MELAYU

BERHEMAH TINGGI AMALAN MULIA

TEMA 3:HIDUP BERSAMA DISEKOLAH DAN MASYARAKAT -BUDI BAHASA AMALAN KITA

TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA-SURAT DARI SEORANG IBU

PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK- TIBOW