KITA BOLEH MALAYSIA BOLEH

SAYA ANAK MALAYSIA

Rabu, 29 Disember 2010

TAHNIAH, SYABAS, DAN TERIMA KASIH KEPADA PASUKAN HARIMAU MALAYA

Kepada K.Rajagopal dan pasukaan Harimau Malaya syabas diatas kejayaan menjulang Piala AFF SUZUKI buat kali pertama dalam sejarah...
Kepada Safee Sali, tahniah kerana berjaya merangkul Anugerah Penjaring Terbanyak..
Kepada Khairul Fahmi, syabas kerana menjadi tulang belakang kepada barisan pertahanan... mmg hebat sekali!!
Kepada semua pemain Malaysia Syabas,Tahniah dan Terima Kasih....... 
Kepada pasukan Indonesia juga ucapan tahniah, kerana telah berjaya memboloskan 2 gol dan bermain dengan penuh semangat kesukanan... 
MALAYSIA BOLEH!!!!
MALAYSIA HEBAT!!!!
LOVE U MALAYSIA 

Rabu, 22 Disember 2010

SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN HARI NATAL BUAT WARGA MALAYSIA BERAGAMA KRISTIAN DAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA ....

SEMOGA PERPADUAN DAN KESEPAKATAN AKAN TERUS TERJALIN ERAT
DEMIMU MALAYSIAKU YANG TERCINTA

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 BUAT SEMUA



TAHUN BARU, AZAM BARU....
SEMOGA KITA AKAN LEBIH BERILTIZAM MEMPERBAIKI KELEMAHAN DAN KEKURANGAN DIRI  PADA 2010,
MUDAH-MUDAHAN KEHIDUPAN KITA AKAN TERUS DIBERKATI ALLAH YANG MAHA ESA.... AMIN

Selasa, 7 Disember 2010

KEPELBAGAIAN BUDAYA BUKAN PENGHALANG NIKMAT HIDUP


1MALAYSIA 1UMMAH

07/12/2010 12:50pm


PUTRAJAYA 7 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kepelbagaian budaya, keturunan, agama dan adat resam tidak menjadi penghalang bagi setiap rakyat untuk merasai nikmat kehidupan dalam sebuah negara tanpa rasa wujud perbezaan besar yang boleh mencetuskan konflik.

Perdana Menteri berkata, malah, mereka menjadi sumber kekuatan yang menjadi kebanggaan negara yang seterusnya mencorakkan masyarakat agar hidup dalam muafakat dan harmoni.

Katanya, ini adalah maksud yang dibawa oleh tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini iaitu 1Malaysia 1Ummah.

"Kekuatan inilah yang akan memacu ke arah pembentukan 1Ummah yang bergerak seiring, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di samping hidup saling bantu membantu antara satu sama lain.

"Semoga umat Islam akan menjadikan peristiwa hijrah ini sebagai panduan untuk meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah, " katanya dalam perutusan pada buku cenderamata majlis perhimpunan sambutan Ma'al Hijrah peringkat Kebangsaan 1432H/2010M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini. 

- Bernama

Isnin, 6 Disember 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432H ( Tahun Baru Kalendar Islam)

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

KISAH HIJRAH
RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.
Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM
1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi  
setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit

Sabtu, 4 Disember 2010

LAWATAN PENYAYANG PELAJAR MISKIN DAN ANAK YATIM 2010

TARIKH
1-3 DISEMBER 2010

TEMPAT
KUALA LUMPUR DAN PUTRA JAYA

SASARAN
150 PELAJAR MISKIN DAN ANAK YATIM
JOHOR BAHRU, KOTA TINGGI DAN MERSING

ANJURAN BERSAMA
PEJABAT PELAJARAN JOHOR BAHRU
PEJABAT PELAJARAN KOTA TINGGI
PEJABAT PELAJARAN MERSING

OBJEKTIF
>Memberi pengalaman baru kepada pelajar tentang dunia diluar lingkungan kehidupan mereka.
>Menaikkan semangat para pelajar untuk meningkatkan taraf hidup keluarga dan diri mereka.
>Mengenali Kuala Lumpur sebagai Ibu Negara Malaysia dan Putra Jaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
>Menghargai kemajuan dan pembangunan Malaysia.
>Berbangga menjadi Anak Malaysia


JUTAAN TERIMA KASIH :


YAB Tan Sri Mahyuddin Yassin
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA


YB Dato' Sri Mohamad Khalid Nordin
MENTERI PENGAJIAN TINGGI


YB Dato Hishamuddin Tun Hussin Onn
MENTERI DALAM NEGERI


YB Dato' Dr Hj Abd Latif Ahmad
TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN


YB Tan Sri Dr Haji Sulaiman B. Mahmob
PENGERUSI MIDA DAN JAMBATAN PULAU PINANG KE 2


YB Dato' Shahrir B. Abd Samad
Ahli Parlimen Johor Bahru


Puan Hajjah Nor Rahmah Bt Shukur
Zaman Alin Sdn Bhd


Senai Airpot


Pejabat Pelajaran Daerah Mersing


Pelajabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi


Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru


Di atas sumbangan YAB, YB, Tan Sri, Dato Sri, Dato, Tuan dan Puan bagi menjayakan Lawatan Penyayang Pelajar Miskin dan Anak Yatim 2010.


HARI PERTAMA (1 DISEMBER 2010)
Para pelajar dari setiap daerah berkumpul di PPD masin-masing seawal jam 7.00 pagi
(Setiap pelajar dibekalkan makanan untuk sarapan pagi dan sehelai T-shirt dari PPD masing-masing)

Rombongan dari Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru berkumpul di Hentian Tangkak sebelum bersama-sama bergerak ke Putra Jaya.
( Lima buah bas iaitu tiga buah dari Johor Bahru, sebuah dari Mersing dan Kota Tinggi menyertai Lawatan Penyayang ini)

Lawatan Ke Masjid Putra Jaya
Berlatarbelakangkan Masjid Putra Jaya

Berlatarbelakangkan Bangunan Perdana Putra-Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Kali pertama para pelajar menjejakkan kaki ke Putra Jaya

Penginapan Di International Youth Centre

  Keselesaan yang tidak pernah dinikmati oleh para pelajar selama ini.

(Taklimat dan pengagihan bilik dan bungkusan makanan tengahari kepada para
 peserta dan guru pengiring )

Solat Magrib dan Isyak Di Masjid  Al-Imam Ash-Syafie, Taman Maluri


  (Solat Magrib dan Isyak berjemaah serta mendengar kuliah Maghrib)


Ucapan aluan dari Pengerusi Masjid Al-Imam Ash-Syafie, Taman Maluri
Tuan Haji Mohd Nor bin Ibrahim

Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Dr Haji Sulaiman bin Hj Mahbob
Pengerusi MIDA dan Pengerusi Jambatan Pulau Pinang ke-2

Jamuan Makan Malam Di Taja Oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dr Haji Sulaiman bin Hj Mahbob
Tan Sri Dr Haji Sulaiman, Tn Hj Taufik selaku Ketua Rombongan, En. Abd Halim PPD(R) Mersing bersama-sama AJK Masjid menikmati hidangan.

Puan Sri bersama wakil 4P dari Johor Bahru dan wakil wanita Masjid Al-Iman Ash-Syafie menikmati hidangan.


Penyampaian Cenderahati Dari Pengerusi Masjid Al-Imam Ash-Syafie kepada para pelajar.

Penyampaian Cenderahati dari Ketua Rombongan Tuan Haji Taufik Kepada Yang berbahagia Tan Sri Dr Haji Sulaiman dan Pengerusi Masjid Al-Imam Ash-Syafie sebagai tanda terima kasih atas sumbangan dan layanan istimewa yang diterima.


HARI KEDUA ( 2 DISEMBER 2010)
Kerana terlalu seronok ingin melawat sekitar Kuala Lumpur,  ramai yang tidak lena tidur. Sehinggakan ada yang sudah mandi dan bersiap seawal jam 04.00 pagi dengan T-Shirt dan topi yang disumbangkan oleh JPN Johor.

Bersarapan Pagi Di IYC Cafe


Lawatan Ke KLCC

LAWATAN KE PETROSAINS



 
 Wajah ceria pelajar-pelajar kali pertama menonton wayang 3D di PetroSains

MAKAN TENGAHARI DI RESTORIN SRI NELAYAN KUALA LUMPUR
TAJAAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI YB DATO SRI KHALID NORDIN




LAWATAN KE MUZIUM NEGARA







MINUM PETANG
Minum petang yang amat ditunggu-tunggu oleh pelajar. 
Burger dan ayam goreng McDonald

JAMUAN MAKAN MALAM DI HOTEL BRISDALE
TAJAAN TIMBALAN PERDANA MENTERI YAB TAN SRI MAHYUDDIN YASSIN




 PERTUNJUKAN KEBUDAYAAN DARI
SK GELANG PATAH DAN PRA SEKOLAH SK SRI AMAR JB



VIDEO PERSEMBAHAN PRASEKOLAH SRI AMAR JOHOR BAHRU

PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA PELAJAR MISKIN DAN ANAK YATIM
SUMBANGAN DARI PUAN HJH NOR RAHMAH BT SHUKUR, SYARIKAT ZAMAN ALIN SDN. BHD




HARI KE TIGA ( 3 DISEMBER 2010)
MENAIKI PUTRA LRT DARI KELANA JAYA KE KL CENTRAL
Para pelajar diberi peluang merasai pengalaman bagaimana menggunakan tiket untuk memasuki balai menunggu.  






MAKAN TENGAHARI DI IYC KUALA LUMPUR
TAJAAN YB DATO' DR HJ ABD LATIF B. AHMAD
TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA






 Ucapan Sepatah Dua Kata Dari Wakil Rasmi Timb. Menteri Pertahanan

Penyampaian Cenderahati dari PPD(R) Johor Bahru Tuan Hj Jamaluddin Bin Abd Rahman kepada Wakil Timb. Menteri Pertahanan

 Penyampaian Cenderahati dari PPD(R) Encik Abdul Halim B. Talib kepada wakil rasmi Timb. Menteri Pertahanan

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN
Penggerak Utama Program Penyayang,
Tuan Haji Jamaluddin PPD (R) Johor Bahru dan Isteri, Puan Hjh Nor Rahmah









Peserta Lawatan Penyayang

Bergerak Pulang Ke Daerah Masing-Masing



Berhenti Rehat dan Solat di R&R Pagoh Johor

Selamat Tiba Di PPD Mersing Jam 6.50 petang.


Alhamdullilah, program lawatan berjalan dengan lancar. Diharapkan para pelajar dapat menimba pengalaman baru, dan seterus membakar semangat untuk lebih maju kehadapan bagi memperbaiki kehidupan keluarga dan diri serta menjadi pelajar yang bercita-cita tinggi dan cekal menghadapi rintangan dan ranjau kehidupan.

Akhir kata sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT, dan segala kelemahan itu datang dari kekurangan kami.

PERSEMBAHAN GAMELAN

PERSEMBAHAN MUZIK BAMBOO SABAH

TAHUN 5: AKTIVITI 2A-SET INDUKSI(URUS MASA,KERJA SEMPURNA)

TAHUN 4: AKTIVITI 1 E-Saya Yakin Boleh

MUHIBBAH

MALAYSIAKU.. INDAH, PERMAI DAN MENAKJUBKAN...

TEMA 2-HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT :MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

TAHUN BARU CINA

CAHAYA DEEPAVALI

ADAB BERHARI RAYA KAUM MELAYU

BERHEMAH TINGGI AMALAN MULIA

TEMA 3:HIDUP BERSAMA DISEKOLAH DAN MASYARAKAT -BUDI BAHASA AMALAN KITA

TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA-SURAT DARI SEORANG IBU

PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK- TIBOW